Skip to main content

Singapura

MND akan terus pantau perbicaraan kes AHTC

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 08 Jul 2023 07:47PM Dikemas Kini : 08 Jul 2023 08:45PM
SINGAPURA: Kementerian Pembangunan Negara (MND) menyatakan ia prihatin dengan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC).

Mahkamah tersebut mendapati Pengerusi Parti Pekerja (WP) Sylvia Lim dan mantan ketua WP Low Thia Kiang bertanggungjawab atas kecuaian dalam proses pembayaran melibatkan AHTC.

Namun pihak mahkamah membebaskan Setiausaha Agung WP, Pritam Singh.

Kes tersebut melibatkan dakwaan salah guna dana majlis bandaran bernilai lebih S$33 juta oleh para pemimpin WP lebih sedekad lalu.

Menjawab pertanyaan media, MND berkongsi pihaknya sedang memantau proses perbicaraan di mahkamah ke atas para ahli majlis bandaran tersebut.

Ia juga akan memberikan tumpuan kepada penilaian ganti rugi yang dibuat Mahkamah Tinggi, memandangkan ia melibatkan dana awam.
Sumber : CNA/IQ/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita