MLLPC sekali lagi buka permohonan geran bagi penerbitan buku Melayu untuk pembaca muda
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) sekali lagi membuka permohonan geran bagi penerbitan karya kreatif bahasa Melayu untuk kanak-kanak dan remaja.
Ini merupakan kali ketiga permohonan sedemikian dibuka pada tahun ini.
Pengumuman itu dibuat Pengerusi MLLPC, Dr Syed Harun Alhabsyi, ketika berucap di majlis pelancaran tiga penerbitan baharu di The Pod, Lembaga Perpustakaan Negara (NLB), pada Jumaat (14 Ogos).
Permohonan dibuka kepada penulis, pendidik, penggiat sastera serta sesiapa sahaja yang mempunyai idea untuk menghasilkan karya kreatif dalam bahasa Melayu, dengan cadangan boleh dikemukakan sehingga 16 November 2026.
Dr Syed Harun berkata geran itu antara lain bertujuan memperkaya bahan bacaan bahasa Melayu untuk para pelajar.
"Kita sebenarnya ingin menerbitkan buku cerita yang benar-benar mencerminkan konteks tempatan dan budaya Singapura. Contohnya, cerita-cerita yang mungkin mengambil inspirasi daripada lagu-lagu Encik Zubir Said ataupun tema-tema yang unik kepada Singapura," jelas Dr Syed Harun yang juga merupakan Setiausaha Parlimen Kanan Pendidikan.
"Kami ingin memastikan bahawa pelajar kita dapat melihat diri mereka sendiri dalam bahan yang mereka baca dan merasakan bahawa penceritaan dan buku-buku, naskhah yang dilakarkan dekat dengan kehidupan seharian mereka sendiri," tambahnya lagi.
Buku-buku terpilih menerusi geran ini akan diedarkan kepada semua sekolah rendah dan menengah di Singapura.
Malah, Dr Syed Harun melihat potensi karya yang dihasilkan menerusi geran MLLPC untuk menjangkau khalayak lebih luas menerusi wadah lain, termasuk diadaptasi untuk pentas teater.
APA YANG MENGHAMBAT PENERBITAN BUKU MELAYU?
Karyawan Dr Noridah Kamari memberitahu BERITA Mediacorp di acara sama bahawa kos penerbitan serta minat masyarakat yang semakin pudar terhadap fiksyen Melayu sememangnya antara hambatan utama yang dihadapi penulis tempatan.

Maka itu, beliau melihat geran oleh MLLPC sebagai satu bentuk sokongan penting kepada penulis, daripada peringkat awal penulisan hinggalah pelancaran dan pengedaran buku.
"Hal ini memberi kelegaan kepada penulis untuk memberi fokus sepenuhnya kepada penulisan dalam menghasilkan karya yang bermutu," kata Dr Noridah.
"Geran ini bukan sahaja menyediakan wang tetapi rangkaian pengedaran untuk cetakan pertama. Hal ini membantu dalam menyampaikan karya itu terus kepada pembaca sasaran," katanya lagi.
Seorang lagi karyawan, Farihan Bahron, pula melihat saiz pasaran yang kecil sebagai cabaran utama bagi penulis Melayu di Singapura.
"Bilangan masyarakat Melayu berbahasa Melayu di Singapura sudah sedia kecil, manakala kelompok yang aktif membaca karya sastera Melayu jauh lebih terhad," kata Encik Farihan.

Menurut beliau, geran itu bukan sahaja dapat membantu menampung kos penulisan dan penerbitan, malah memudahkan pengedaran buku ke sekolah-sekolah, sekali gus memberi penerbit jaminan pasaran bagi cetakan pertama.
3 BUKU KARYA PENULIS TEMPATAN DILANCARKAN
Acara pada Jumaat (14 Ogos) turut menyaksikan pelancaran tiga penerbitan baharu, iaitu novel JLN404 serta dua antologi cerpen, Jangan Ikut Hantu dan Tanah Air.
Dalam ucapannya, Dr Syed Harun menarik perhatian bahawa genre seperti fantasi, misteri dan seram khususnya mendapat sambutan dalam kalangan remaja, berdasarkan kajian mengenai tabiat membaca di Singapura.

Ketiga-tiga penerbitan itu, katanya, memanfaatkan minat tersebut untuk merangsang imaginasi pembaca muda, di samping menerapkan nilai-nilai murni.
Dr Syed Harun turut berharap lebih banyak projek penerbitan dan program membaca dapat dijayakan menerusi kerjasama antara agensi pemerintah, pertubuhan bahasa, penerbit, sekolah dan masyarakat sastera.

Sumber : BERITA Mediacorp/hd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.