Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Minyak tumpah semasa proses isi tangki kapal di perairan Changi: MPA

Anggaran Waktu Membaca:
  Minyak tumpah semasa proses isi tangki kapal di perairan Changi: MPA

Gambar perairan Singapura. (Gambar fail: CNA/Raydza Rahman)

Diterbitkan : 29 Oct 2024 09:17AM Dikemas Kini : 29 Oct 2024 09:19AM
SINGAPURA: Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) menyatakan pada Selasa (29 Okt) pihaknya dimaklumkan tentang tumpahan minyak di perairan Changi semasa proses mengisi tangki minyak atau 'bunkering' antara sebuah kapal kontena berdaftar Bahamas dengan kapal tangki minyak berlesen.

Insiden itu dilaporkan berlaku pada Isnin sekitar pukul 5.40 petang. Operasi mengisi tangki minyak itu dihentikan serta merta, menurut MPA dalam satu kenyataan media.

Singapura merupakan salah satu pelabuhan terbesar dan paling penting di dunia bagi proses mengisi tangki minyak, menurut laman MPA.

"Kapal MPA tiba sekitar pukul 5.50 petang dan menyembur pemecah minyak," menurut MPA.

"Agensi-agensi relevan pemerintah sudah dimaklumkan untuk memantau sebarang tumpahan minyak di pantai."

Insiden itu tidak membawa kesan ke atas trafik navigasi dan maklumat lanjut mengenai insiden itu akan disediakan kelak, tambah MPA.

MPA bagaimanapun tidak menyatakan berapa banyak minyak yang tumpah semasa insiden itu.

Mediacorp sudah menghubungi MPA bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan