Minuman sedia bungkus mungkin dikena syarat label pemakanan lebih ketat
Dalam usaha memerangi penyakit kencing manis, minuman yang baru disediakan seperti 'bubble tea' dan kopi dicampur atau 'blended coffee' mungkin perlu mematuhi syarat-syarat label pemakanan dan pengiklanan.
SINGAPURA: Dalam usaha memerangi penyakit kencing manis, minuman yang baru disediakan seperti 'bubble tea' dan kopi dicampur atau 'blended coffee' mungkin perlu mematuhi syarat-syarat label pemakanan dan pengiklanan.
Setiausaha Parlimen Kanan Kesihatan, Amrin Amin, turut memberitahu parlimen mengenai langkah-langkah yang dirancangkan untuk mengawal minuman yang sedia dibungkus.
"Ia membentuk kira-kira sepertiga daripada pengambilan gula daripada minuman dalam kalangan rakyat Singapura dan data kami membayangkan bahawa ia semakin menjadi sumber pengambilan gula dalam diet rakyat," ujar Encik Amrin.
"Kami sedang menimbangkan sama ada untuk melanjutkan langkah pelabelan dan pengiklanan terhadap minuman yang segera disediakan," tambah beliau lagi.
Menurut Encik Amrin, MOH sedang berbincang dengan pihak-pihak berkepentingan yang relevan seperti industri makanan dan minuman mengenai langkah-langkah yang boleh diambil.
Maklumat lanjut, kata beliau, akan dikongsi semasa perbahasan Peruntukan Belanjawan yang bakal diadakan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.