MinLaw saran pembaharuan dalam pendidikan undang-undang di SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kementerian Undang-undang (MinLaw) menyarankan pembaharuan dalam bidang pendidikan jurusan undang-undang di negara ini.
Saranan-saranannya dikemukakan oleh sebuah pasukan pakar dari bidang kehakiman, pemerintah dan sekolah undang-undang.
Antara lain, mereka menyarankan bidang pengajian bakal peguam diluaskan.
Para peguam yang ada pula dibantu agar mengikuti aliran global supaya Singapura kekal sebagai hab undang-undang.
Dalam bidang pengajian, sekolah undang-undang dinasihati supaya mengajar lebih banyak konsep undang-undang sivil yang digunakan di negara-negara lain seperti China dan Indonesia.
Langkah itu bagi membolehkan para peguam lebih siap untuk mengambil kes-kes rentas sempadan.
Kemahiran-kemahiran lain seperti perakaunan dan membaca data perlu juga bagi membantu para peguam memenuhi keperluan pelanggan.
Satu lagi saranan - mewajibkan mahasiswa undang-undang menjalani latihan wajib di tempat kerja.
Bagi para peguam termasuk yang sudah mapan, mereka perlu dibantu untuk menimba kemahiran-kemahiran baharu.
Para karyawan bersekutu dalam bidang undang-undang pula perlu disokong untuk menjadi peguam.

Sumber : CNA/MU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.