MinLaw lancarkan Pejabat Peguam Bela Awam; skim pertama dibiayai pemerintah sepenuhnya sediakan bantuan pembelaan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pejabat Peguam Bela Awam (PDO), yang pertama seumpamanya di Singapura, akan menyediakan khidmat peguam bela bagi beberapa kategori individu tertuduh tertentu yang tidak mampu mendapatkan khidmat guaman sendiri.
Pejabat tersebut dilancarkan oleh Kementerian Undang-undang pada Khamis (1 Dis).
PDO dibiayai sepenuhnya oleh pemerintah dan mengikuti peralihan pada 2015 apabila pemerintah mula membiayai Skim Bantuan Guaman Jenayah (CLAS).
Pelancaran itu juga dibuat selepas Menteri Undang-undang K Shanmugam berkata pemerintah akan mengkaji butiran dan kebolehlaksanaan skim peguam bela awam pada 2020. Beliau berkata demikian ketika menangani kes Parti Liyani, pekerja pembantu rumah dari Indonesia yang dibebaskan daripada tuduhan mencuri daripada majikannya.
Kakitangan di PDO akan terdiri daripada peguam bela jenayah sepenuh masa yang diambil oleh Kementerian Undang-undang dan akan beroperasi secara bebas daripada pihak pendakwaan, yang berada di bawah naungan Pejabat Peguam Negara (AGC).
Pejabat itu akan membuat keputusannya sendiri berhubung pengambilan pekerja, kenaikan pangkat dan gaji. Ia juga akan bekerjasama rapat dengan CLAS, yang akan terus dibiayai secara bersama oleh pemerintah.
Singapura akan mula mempunyai model hibrid bantuan guaman jenayah, serupa dengan bidang-bidang kuasa lain seperti United Kingdom (UK) dan Australia.
Di bawah PDO, had pendapatan dinaikkan daripada persentil ke-25 untuk menampung sehingga persentil ke-35 keluarga penduduk tempatan. Skop bantuan PDO juga diperluaskan untuk meliputi kebanyakan kategori kesalahan jenayah kecuali yang melibatkan hukuman mati.
PDO diterajui oleh Ketua Peguam Bela Awam Wong Kok Weng yang baru dilantik. Encik Wong sebelum ini merupakan timbalan pendakwa raya di AGC.
Beliau akan menyelia operasi dan pentadbiran PDO selain memastikan pemohon yang layak dapat menerima bantuan, menurut Kementerian Undang-undang dalam satu kenyataan.
Sebagai Ketua Peguam Bela Awam, beliau juga akan melantik dan menugaskan peguam bela awam untuk mewakili individu tertuduh yang dibantu apabila dihadapkan di mahkamah.
Dalam ucapannya, Encik Wong berkata PDO akan bermula dengan "sekumpulan kecil" peguam bela awam dan jumlahnya akan meningkat pada tahun-tahun seterusnya.
Pejabat Peguam Bela Awam dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Lawrence Wong.
CARA MEMOHON
Untuk mendapatkan bantuan PDO, rakyat dan penduduk tetap Singapura boleh membuat permohonan online atau mengunjungi Pusat Perkhidmatan Kementerian Undang-Undang di Maxwell Road atau di Pusat HELP di Mahkamah Negara.
Mereka yang ditahan reman atau dipenjara boleh memohon secara langsung menerusi pihak penjara.
PDO akan menilai kemampuan serta sebab permohonan dan bekerjasama dengan Pro Bono SG, yang akan terus menyediakan bantuan guaman jenayah di bawah CLAS.
Tertuduh dalam kes yang dinilai sebagai terdesak akan diwakili oleh peguam bela awam dari PDO
Ia termasuk kes di mana pemohonnya sudah ditahan reman lebih lama daripada tempoh hukuman yang mungkin dikenakan atau kes melibatkan tertuduh bawah usia yang bakal mencecah usia 21 tahun.
Kes-kes lain akan dibahagikan antara PDO dengan Pro Bono SG.
PANDANGAN PEGUAM BELA PRIVET
Sebahagian besar peguam jenayah yang ditemu bual Mediacorp mengalu-alukan pelancaran pejabat tersebut.
Peguam Suang Wijaya dari firma guaman Eugene Thuraisingam berkata ia adalah satu langkah baik yang akan meningkatkan keadilan bagi golongan yang tersepit.
Beliau berkata peguam bela jenayah privet sudah wujud bersama dengan penambahbaikan pada kelayakan bagi skim-skim CLAS sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Peguam Anil Singh Sandhu berkata penubuhan pejabat itu memberi manfaat kepada masyarakat kerana ia berfungsi untuk meningkatkan akses kepada keadilan bagi segmen-segmen masyarakat yang rentan.
Menurut beliau lagi, penubuhan PDO merupakan satu peristiwa penting dalam sejarah perundangan Singapura.
“Kejayaan CLAS baik dari segi pengurusan mahupun individu yang mendapatkan khidmatya adalah peran contoh untuk diteladani PDO,” katanya.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.