MinLaw akan jalankan semakan lebih meluas terhadap pendidikan guaman: Edwin Tong
Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Undang-Undang Edwin Tong berucap di Simposium Kerjaya Guaman pada 29 Julai 2026. (Gambar: Kementerian Undang-Undang)
- Kementerian Undang-Undang Singapura akan menyemak semula pendidikan guaman dan mempertimbangkan panduan norma profesional di tempat kerja, menurut Menteri Edwin Tong.
- Langkah ini diambil susulan kadar penurunan peguam dan dapatan kajian Persatuan Guaman yang menyorot isu budaya kerja toksik serta beban kerja tidak munasabah.
- MinLaw menegaskan pentingnya penyeliaan, bimbingan dan sikap saling menghormati, serta menolak sebarang bentuk buli atau layanan tidak wajar di firma guaman.
- Jawatankuasa Kerjaya Guaman Masa Depan akan menubuhkan Majlis Singapura mengenai AI untuk memperkukuh pendidikan, latihan dan struktur firma guaman menghadapi perubahan teknologi.
SINGAPURA: Kementerian Undang-Undang (MinLaw) akan menjalankan semakan lebih menyeluruh terhadap pendidikan guaman serta menimbangkan untuk memperkenalkan panduan yang menetapkan norma-norma profesional dan tingkah laku di tempat kerja, kata Menteri Undang-Undang Edwin Tong pada Rabu (29 Jul).
Berucap di Simposium Kerjaya Guaman, mantan peguam litigasi itu berkata, meskipun kadar penurunan peguam dalam industri itu benar-benar berlaku, angka tersebut sahaja tidak memberikan gambaran menyeluruh.
Antara 2015 hingga 2024, kira-kira 60 peratus peguam kekal dalam bidang kerjaya tersebut selepas lima tahun, dan 40 peratus juga berbuat demikian selepas 10 tahun.
"Persoalan sebenar bukan sama ada mereka meninggalkan kerjaya itu, tetapi mengapa mereka berbuat demikian," kata Encik Tong.
"Adakah mereka mengejar aspirasi dan peluang lain, atau mereka meninggalkan kerjaya itu kerana amalan guaman menjadi terlalu sukar dan tidak mampan sedangkan mereka sebenarnya mahu terus mengekalkannya?"
Encik Tong berkata, sekolah-sekolah guaman di seluruh dunia sedang menilai semula cara melatih generasi baharu peguam, dan Singapura perlu mengkaji bagaimana perkembangan itu boleh diterapkan di sini.
Atas sebab itu, MinLaw akan menjalankan semakan lebih menyeluruh terhadap pendidikan guaman, tambah beliau.
Budaya tempat kerja, penyeliaan yang baik, bimbingan serta sikap saling menghormati amat penting di tempat kerja, kata Encik Tong.
Merujuk kepada dapatan Persatuan Guaman yang dikeluarkan pada Jun, beliau berkata, pengalaman yang digambarkan dalam laporan itu tidak mencerminkan keseluruhan kerjaya guaman.
Kajian selama empat tahun itu mendapati, peguam meninggalkan firma guaman swasta akibat budaya kerja toksik, pembulian, beban kerja yang tidak munasabah serta tuntutan kerja yang mengganggu kehidupan peribadi.
Encik Tong menegaskan, tiada alasan bagi penyeliaan yang lemah, latihan yang tidak mencukupi, gangguan, buli atau layanan yang tidak munasabah.
Sebagai contoh, diherdik, dimalukan atau dipaksa bekerja secara tidak munasabah sama sekali tidak boleh diterima, tambah beliau.
MinLaw sedang menimbangkan untuk memperkenalkan kod atau panduan kemampanan bagi kerjaya guaman.
Panduan itu bukan bertujuan untuk menetapkan cara firma guaman harus diuruskan, sebaliknya menggariskan norma-norma kerjaya tersebut dan tingkah laku di tempat kerja yang wajar dicontohi oleh para peguam.
Encik Tong turut menyentuh tentang kesan kecerdasan buatan (AI) terhadap bidang guaman.
"Buat masa ini, saya tidak percaya peguam akan digantikan oleh AI, tetapi peguam yang menggunakan AI dengan lebih baik akan menggantikan peguam yang tidak berbuat demikian," katanya.
Encik mengumumkan, Jawatankuasa Kerjaya Guaman Masa Depan akan menubuhkan Majlis Singapura mengenai AI bagi Kecemerlangan dalam Bidang Guaman (SCALE).
Majlis itu akan memberi tumpuan kepada pemahaman tentang bagaimana AI mengubah bidang guaman, pekerjaan dan kemahiran, memperkukuh pendidikan serta latihan AI, dan mengkaji bagaimana AI mengubah struktur firma guaman serta model perniagaan.

Sumber : CNA/LL/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.