Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Minggu Tindakan Iklim dilancar, usaha sektor awam percepat pengurangan gas karbon

Pelbagai sasaran termasuk jejak karbon, penggunaan sumber daya tenaga dan air ditetapkan selaras dengan Pelan Hijau Singapura 2030.

Anggaran Waktu Membaca:
Minggu Tindakan Iklim dilancar, usaha sektor awam percepat pengurangan gas karbon

(Gambar fail: Raj Nadarajan/TODAY)

Diterbitkan : 12 Jul 2021 07:43PM Dikemas Kini : 12 Jul 2021 11:11PM

SINGAPURA: Sektor awam sedang berusaha mengurangkan pengeluaran karbon, lima tahun lebih dahulu sebelum ia dilaksanakan di seluruh negara.

Ini termasuk mengurangkan penggunaan daya tenaga dan air sebanyak 10 peratus daripada purata tempoh tiga tahun menjelang 2030.

Ia juga mahu mengurangkan pembuangan air sisa sebanyak 30 peratus daripada paras tahun 2022.

Semua itu adalah sebahagian daripada gerakan kemampanan baru yang dilancarkan secara rasmi pada Isnin (12 Jul) sebagai sebahagian daripada Pelan Hijau Singapura 2030.

Menggunakan kenderaan elektrik dengan model tenaga lebih bersih dan meningkatkan penggunaan panel suria.

Ini adalah sebahagian daripada usaha sektor awam untuk mengurangkan pengeluaran karbon.

Penghasilan tenaga suria akan ditambah kepada 1.5 gigawatt dalam tempoh 10 tahun.

Ini cukup untuk membekalkan tenaga kepada lebih 260,000 isi rumah setahun.

Ia akan membentuk 75 peratus daripada sasaran tenaga suria negara menjelang 2030.

Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berkata ini adalah beberapa cara pemerintah akan menerajui usaha mengurangkan pengeluaran karbon.

Beliau bercakap di forum bagi memulakan Minggu Tindakan Iklim.

Cik Fu berkata usaha itu akan menjangkaui pejabat pemerintah dan sekolah untuk meliputi semua prasarana dan operasi sektor awam.

Ini akan menggandakan jumlah tempat yang diliputi daripada 800 kepada 1,600 kemudahan.  

Sumber : CNA/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan