Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Minggu Seni SG 2023 kembali diadakan secara fizikal sepenuhnya; sajikan lebih 130 acara

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Minggu Seni Singapura tahun ini akan menyajikan pelbagai pesta, gerai pop-up serta jualan makanan dan minuman.

Lebih 130 acara sudahpun diatur, bermula dengan Pesta Cahaya Waktu Malam di Daerah Sivik.

Minggu Seni selama 20 hari itu akan kembali diadakan dalam format fizikal sepenuhnya.

Perkampungan pesta juga akan kembali diadakan dengan lebih 50 gerai menjual makanan dan hasil seni.

Daya tarikan utamanya adalah dua karya seni pemasangan yang besar di Padang.

Salah satunya berjudul "Hearing Padang" yang merupakan karya interaktif yang diilhamkan daripada peranan Mahkamah Tinggi.
Sumber : CNA/MU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan