Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Minggu Penumpang Penyayang dilancar galak penggunaan pengangkutan awam lebih inklusif

Sekitar 400 sukarelawan diambil untuk membantu membudayakan penggunaan pengangkutan awam dengan sikap ihsan dan inklusif.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Nov 2021 06:31PM Dikemas Kini : 27 Nov 2021 11:37PM

SINGAPURA: Sekitar 400 sukarelawan diambil untuk membantu membudayakan penggunaan pengangkutan awam dengan sikap ihsan dan inklusif.

Mereka dilatih untuk mengenal pasti keperluan golongan-golongan penumpang yang berbeza-beza dan menghulurkan bantuan.

Orang ramai juga diseru agar tampil menyertai usaha itu, di pelancaran Minggu Penumpang Penyayang kali pertama yang dirasmikan Presiden Halimah Yacob pada Sabtu (27 Nov).

Ia bertujuan menggalak penumpang MRT dan bas agar saling prihatin terhadap satu sama lain.

Pihak penganjurnya, Jawatankuasa Panduan Penumpang Ihsan SG, akan mengadakan siri pameran di pusat-pusat pertukaran bas sehingga 5 Dis untuk menyebarkan pesanan itu.

Ia juga akan memuat naik video di media sosial untuk meminta orang ramai supaya lebih bersabar dan saling menghormati.

Ini menyusuli laporan yang mendedahkan jurang antara mereka yang dianggap memerlukan bantuan dengan mereka yang diharapkan untuk membantu.

Sebagai contoh, sesetengah penumpang yang kurang daya penglihatan lebih suka berdikari.

Sementara itu, ada juga sesetengah belia kerana sebab-sebab tertentu menyebabkan mereka tidak dapat menghulurkan bantuan walaupun masyarakat mengharapkan mereka berbuat demikian.

Menteri Pengangkutan S Iswaran berkata, jawatankuasa tersebut akan berusaha untuk meluaskan pelibatan masyarakat.
"Sungguhpun usaha Jawatankuasa dan pihak-pihak berkepentingan bagi pengangkutan awam adalah penting pada dasarnya, hanya menerusi kerjasama rapat dengan masyarakat, kita dapat membina budaya yang mana menunjukkan sikap ihsan kepada penumpang lain menjadi suatu kebiasaan hidup," ujarnya.

Sumber : CNA/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan