MINDS lancar buku bersiri ajar cara buat isyarat kata-kata utama
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: MINDS)
SINGAPURA: Berkomunikasi dengan lebih berkesan bersama golongan berkeperluan khas, menerusi bahasa isyarat.
Bagi tujuan itu, Agensi Khidmat Sosial (MINDS) melancarkan buku bersiri yang mengajar cara membuat isyarat bagi kata-kata utama atau 'Key Word Sign'.
Ia merupakan satu kaedah berkomunikasi di mana seseorang membuat isyarat tangan bagi kata-kata utama dalam satu-satu ayat, dan pada masa yang sama, menuturkannya secara serentak.
Buku bersiri tiga bahagian itu juga mengandungi istilah-istilah khusus yang sesuai dengan konteks Singapura.
Bagi membantu lebih ramai ibu bapa dan pengasuh, serta mereka yang mendampingi golongan yang mempunyai masalah pertuturan, buku yang diterbitkan MINDS itu bertujuan melengkapkan mereka dengan ilmu 'Key Word Sign'.
Ia turut menyertakan istilah-istilah yang lumrah digunakan di Singapura, termasuk makanan kegemaran seperti durian dan roti prata.
Lebih separuh penerima bantuan MINDS sudah mempelajarinya, dan kebolehan berkomunikasi mereka jelas bertambah baik.
Kini agensi tersebut ingin meningkatkan jumlah itu kepada 100 peratus.
Ia juga ingin meningkatkan kesedaran orang ramai kepada kaedah tersebut dengan menganjurkan bengkel-bengkel untuk melatih bakat dari pelbagai sektor.
Orang ramai boleh membeli buku-buku itu menerusi laman web MINDS.

Sumber : CNA/RU/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.