Skip to main content

Singapura

MINDS akan lancar program baru khusus bagi pelajar ASD-ID mulai Jan 2023

Anggaran Waktu Membaca:
MINDS akan lancar program baru khusus bagi pelajar ASD-ID mulai Jan 2023

Gambar: Facebook/MINDS

Diterbitkan : 04 Aug 2022 07:42PM Dikemas Kini : 04 Aug 2022 07:43PM
SINGAPURA: Sebuah program pendidikan baru bakal menawarkan sokongan yang lebih menyeluruh bagi pelajar yang berdepan dengan gangguan spektrum autisme atau Autism Spectrum Disorder with Intellectual Disabilities ( ASD-ID)

Program oleh Gerakan Kurang Daya Upaya Intelek Singapura (MINDS) bertujuan untuk meningkatkan lagi minat dan keperluan pembelajarannya seseorang pelajar, menerusi kurikulum yang khusus.

Ia bakal memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari pelbagai perkara berdasarkan minat mereka.

Ini dapat memberikan mereka motivasi yang dapat membantu mereka menimba ilmu dan meningkatkan lagi kemahiran.

MINDS membangunkan program ini menyusuli lonjakan dalam kes sindrom ASD-ID baru-baru ini, yang meningkat lebih 40 peratus pada tahun 2021 berbanding tahun sebelumnya.

Setakat ini, sekitar 50 pelajar menyertai program rintis itu.

Lebih ramai akan berpeluang untuk mengambil bahagian apabila ia dilancarkan di kesemua empat sekolah MINDS, secara bertahap-tahap mulai Januari tahun depan.
Sumber : CNA/IZ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita