Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MINDEF tangguh latihan dalam kem tidak penting sehingga 18 Ogos

Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan menangguhkan kegiatan latihan dalam kem (ICT) yang tidak penting kepada operasi sehingga 18 Ogos. Langkah ini diambil sewaktu tempoh Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) berkuat kuasa Khamis (22 Jul) bagi membendung lonjakan dalam kes COVID-19 di sini.

Anggaran Waktu Membaca:
MINDEF tangguh latihan dalam kem tidak penting sehingga 18 Ogos

Para rekrut Perkhidmatan Negara di Pulau Tekong pada 29 Jun 2021. (Gambar: Raj Nadarajan/TODAY)

Diterbitkan : 23 Jul 2021 05:36PM Dikemas Kini : 23 Jul 2021 05:38PM

SINGAPURA: Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan menangguhkan kegiatan latihan dalam kem (ICT) yang tidak penting kepada operasi sehingga 18 Ogos. Langkah ini diambil sewaktu tempoh Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) berkuat kuasa Khamis (22 Jul) bagi membendung lonjakan dalam kes COVID-19 di sini.

Hanya latihan yang penting bagi operasi akan diteruskan dengan langkah-langkah kawalan jangkitan, menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam satu catatan Facebook pada Jumaat (23 Jul).

Sekolah-sekolah latihan seperti Sekolah Pegawai Kadet, Sekolah Spesialis Kadet dan Pusat Latihan Asas Tentera (BMTC) akan diteruskan dengan langkah-langkah dipertingkat dilaksanakan.

Kegiatan ICT yang tidak penting kepada operasi bagi anggota kerahan (NSmen) sebahagian besarnya meliputi latihan kecekapan kejuruan dan sesi latihan semula. Ia tidak mempunyai kesan ke atas tahap kesediaan keseluruhannya unit Perkhidmatan Negara (NS) apabila ia ditangguhkan buat sementara waktu, menurut laporan Mediacorp sebelum ini.

Ujian kecekapan fizikal individu (IPPT) dan latihan peningkatan kecergasan (FIT) NS juga akan digantung.

FIT@HOME, sebuah program latihan peningkatan kecergasan secara maya, akan tetap diteruskan dengan lebih banyak slot disediakan.

Anggota NSmen yang harus menjalani IPPT semasa tempoh penggantungan itu akan diberikan pengecualian sekali sahaja daripada keperluan tahunan mereka.

"SAF akan terus memantau keadaan COVID-19 yang berubah-ubah dan menyemak langkah-langkah untuk memastikan anggota perkhidmatan kami selamat," menurut MINDEF.  

Sumber : Today/FZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan