Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MINDEF, SAF mesti sentiasa siap siaga & perkukuh pertahanan, kata Ng Eng Hen

Singapura mesti kekal berwaspada sedang persekitaran luarannya melalui perubahan besar termasuk ancaman keselamatan yang meningkat, peperangan yang meletus di Ukraine dan pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
MINDEF, SAF mesti sentiasa siap siaga & perkukuh pertahanan, kata Ng Eng Hen

Menteri Pertahanan Ng Eng Hen. (Gambar fail: MINDEF)

SINGAPURA: Sebagai sebuah negara yang kecil, Singapura mesti kekal berwaspada sedang persekitaran luarannya melalui perubahan besar termasuk ancaman keselamatan yang meningkat, peperangan yang meletus di Ukraine dan pandemik COVID-19, menurut Menteri Pertahanan Ng Eng Hen pada Khamis (30 Jun).

Bercakap dengan para wartawan sehari sebelum Hari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Dr Ng berkata: "Tidak mungkin untuk meramalkan perubahan yang akan berlaku selepas ini, ia bukannya seperti kami mahukannya atau kami dapat menjangkakannya, tetapi anda tahu apa yang akan berlaku, dan anda tahu akan berlaku perubahan dan apabila berlaku perubahan kelak, beberapa perkara akan berlaku dan ada beberapa perkara yang boleh anda cetuskan secara tiba-tiba."

Beliau menambah: "Bagi MINDEF dan SAF, ini bermakna kita perlu berwaspada dan menggunakan keamanan ini untuk mengukuhkan benteng pertahanan kita."

Sambil merujuk kepada bagaimana pencerobohan Rusia di Ukraine melenyapkan visi Eropah untuk menyepadukan negara-negaranya, beliau berkata Asia tidak kebal terhadap perubahan sedemikian.

Beliau berkata perbelanjaan pertahanan dan ketenteraan dalam kalangan negara-negara dunia sudah meningkat, dengan perbelanjaan ketenteraan di Asia melepasi AS$2 trilion tahun lalu buat julung-julung kalinya.

Dr Ng turut menarik perhatian bahawa Singapura menandatangani lebih banyak perjanjian di Dialog Shangri-La tahun ini berbanding tahun-tahun sebelum ini kerana negara ini secara perlahan-lahan sedang berusaha untuk mengeratkan hubungan dengan pelbagai pihak.

Singapura sudah memeterai tujuh perjanjian dengan China, Korea Selatan, Perancis dan Kanada.

SAF juga akan menubuhkan khidmat keempatnya, Khidmat Digital dan Risikan (DIS), di samping Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara sedia ada.

Dr Ng berkata MINDEF akan meminda Akta SAF dan Perlembagaan Negara pada minggu depan bagi membolehkan DIS ditubuhkan sebagai satu khidmat yang tersendiri.

Jika Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang itu, DIS akan mengadakan perbarisan rasminya pada lewat tahun ini dan ketua perkhidmatannya akan dilantik.

Khidmat baru itu ditubuhkan sedang ancaman dari domain digital menjadi semakin canggih dan rumit.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan