Skip to main content

Singapura

MINDEF beri amaran pesanan palsu didakwa dibuat oleh kakitangan SAF

Anggaran Waktu Membaca:
MINDEF beri amaran pesanan palsu didakwa dibuat oleh kakitangan SAF

Tangkapan skrin catatan media sosial perusahaan yang terpedaya kepada penipuan. (Gambar: Breaditation Bakery)

Diterbitkan : 14 Sep 2025 01:08PM Dikemas Kini : 14 Sep 2025 01:10PM
SINGAPURA: Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menyaksikan beberapa pesanan pukal (bulk order) yang disyaki palsu, dibuat oleh sebilangan individu yang mendakwa diri mereka sebagai anggota SAF, kata Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Ahad (14 Sep).

MINDEF menyatakan dalam catatannya di Facebook pada Ahad bahawa ia dimaklumkan mengenai tujuh kes sedemikian dan sudah membuat aduan polis berhubung insiden itu.

“Kami tidak menemui sebarang bukti bahawa individu-individu ini mempunyai kaitan dengan SAF,” katanya, sambil menambah bahawa SAF memandang serius perkara ini.

“Kami menggesa orang awam, termasuk para peniaga, untuk sentiasa berwaspada dan melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan kepada pihak polis,” tambah MINDEF.

KES TERBAHARU

Kes terbaharu melibatkan Breaditation Bakery.

Kedai roti itu memuat naik catatan di Instagram pada Sabtu, yang mendakwa bahawa seorang lelaki, yang mendakwa dirinya sebagai anggota SAF dari Kem Bedok, membuat pesanan bernilai S$2,000 tetapi tidak datang untuk mengambil pesanan itu dan tidak menjawab sebarang panggilan.

Kiki Florist, dalam satu catatan blog di lamannya, menyatakan ia mengalami kerugian lebih S$1,000 selepas menyediakan bunga untuk tempahan pukal yang kelihatan palsu pada 8 September, yang akhirnya tidak diambil.

Seorang lelaki meminta supaya 150 jambangan kecil dan empat jambangan bersaiz besar disediakan dalam masa 48 jam, sambil mendakwa ia adalah “pesanan korporat daripada pemerintah” dan bahawa dia seorang anggota Kem Tentera Bedok.

Dalam minggu yang sama, sebuah gerai penjaja di Pasar Tiong Bahru turut menyatakan ia ditipu oleh seseorang yang mendakwa dirinya dari SAF.

Pemilik gerai itu menyediakan 150 bungkus beriani ayam dan kambing, dan kemudian menyedari bahawa pesanan tersebut sekadar satu penipuan semata-mata.

MINDEF menyatakan ketika itu bahawa siasatan mendapati “tiada bukti bahawa individu-individu ini mempunyai kaitan dengan SAF”.
 
Sumber : CNA/IM/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita