MINDEF akan lancar pasukan pertahanan siber baharu pada Jun
Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan melancarkan pasukan pertahanan siber baharu demi melindungi Infrastruktur Maklumat Penting atau sektor-sektor penting seperti bekalan tenaga dan pengangkutan di Singapura.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan melancarkan pasukan pertahanan siber baharu demi melindungi Infrastruktur Maklumat Penting atau sektor-sektor penting seperti bekalan tenaga dan pengangkutan di Singapura.
Ia adalah sebahagian usaha untuk mengukuhkan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan memastikan setiap anggota Perkhidmatan Negara (NS) boleh membuat sumbangan bermakna semasa melalui NS.
Dengan ancaman siber yang semakin rumit, anggota NS dengan kepakaran keselamatan siber akan membantu mengukuhkan pertahanan siber Singapura yang lebih luas.
"Kita semua sedar betapa pentingnya perang siber kepada keselamatan sesebuah negara dan kita sudah melihat bagaimana infrastruktur kritikal Singapura diancam dari semasa ke semasa.
"Kita tidak terlepas daripada serangan ini – dan kita perlu manfaatkan bakat terbaik dalam kalangan anggota NS kita," kata Encik Zaqy.
Encik Zaqy juga berkongsi, sekitar 850 anggota NS sudah dikerahkan ke dalam peranan-peranan yang lebih selaras dengan kepakaran profesional mereka, termasuk perundangan dan komunikasi strategik.
Lebih banyak peluang juga tersedia bagi anggota NS memperoleh kemahiran yang diiktiraf di luar tempoh perkhidmatan mereka.
Sehubungan itu, MINDEF bekerjasama dengan SkillsFuture Singapore untuk menyertakan sijil NS ke dalam Pasport Kerjaya dan Kemahiran para anggota.
Dalam separuh kedua tahun ini, institut latihan SAF yang terpilih akan melaksanakan percubaan bagi satu skim baharu untuk mencatatkan kemahiran sesuai-industri yang diperoleh semasa tempoh NS ke dalam pasport mereka.
Rekod itu akan mengiktiraf pencapaian mereka secara rasmi dan mengukuhkan peluang pekerjaan mereka.

Sumber : CNA/IQ/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.