Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Minat terhadap tuisyen, kelas pengayaan kian meningkat

Syarikat-syarikat penyedia teknologi pendidikan menyatakan minat terhadap wadah pembelajaran dan pengajaran secara online semakin bertambah sejak awal bulan lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Minat terhadap tuisyen, kelas pengayaan kian meningkat
Diterbitkan : 01 Mar 2020 04:52PM Dikemas Kini : 01 Mar 2020 04:53PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat penyedia teknologi pendidikan menyatakan minat terhadap wadah pembelajaran dan pengajaran secara online semakin bertambah sejak awal bulan lalu.

Misalnya, syarikat ClassDo menyatakan jumlah pertanyaan bagi khidmat guru tuisyen dalam talian kendaliannya meningkat kepada satu dalam sehari berbanding sebulan sekali sebelum ini.

Sebuah lagi syarikat, Tanopy, yang menyediakan platform pengajaran secara langsung atau "live-stream" pula menyatakan bilangan pelajar yang mengikuti programnya melonjak 50 peratus sejak Januari.

Pusat-pusat pengayaan dan tuisyen yang ditemui CNA menyatakan penularan virus korona COVID-19 menyuntik minat terhadap perkhidmatan mereka.

Kelas-kelas tuisyen dan program-program yang dijalankan secara dalam talian kurang popular sebelum ini.

Ini kerana ramai ibu bapa yang yang bimbang anak-anak mereka tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya.

Namun menurut guru tuisyen, Encik Jason Lee, lebih ramai ibu bapa yang berminat menyertakan anak-anak mereka dalam kelas tuisyen dalam talian sejak berlaku penularan virus korona COVID-19.

Menurut Encik Jason, beliau menggunakan perisian interaktif untuk mengajar dan dapat menyesuaikan setiap sesi mengikut kemampuan setiap pelajar.

Akademi Prêt, yang memenuhi keperluan murid-murid antarabangsa, menyatakan sebanyak 40 peratus pelajarnya kini mengikuti program-programnya secara online berbanding 20 peratus sebelum ini.

Pengasas Anne Kim berkata kaedah pembelajaran dalam talian membantu pusatnya mengatasi masalah penjadualan bagi sekitar 100 murid dan 80 tutor serta persiapan bagi mengadakan bilik-bilik darjah.

Selain itu, murid-murid di pusat tersebut boleh terus mengikuti program-program yang ditawarkan di sana selepas mereka pulang ke negara masing-masing. 

Sumber : CNA/RR/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan