Skip to main content

Singapura

Minat terhadap kursus, perlawanan catur naik 50% di SG

Anggaran Waktu Membaca:

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 07 Dec 2024 09:54PM Dikemas Kini : 07 Dec 2024 09:56PM
SINGAPURA: Permainan catur semakin popular di Singapura ketika kejohanan dunia antara dua jaguh catur dari China dan India sedang berlangsung di Resorts World Sentosa (RWS).

Ratusan peminat catur ke RWS setiap hari untuk menyaksikan kedua-dua jaguh bersemuka.

Malah kehangatan perlawanan catur itu turut dirasai di peringkat akar umbi dengan beberapa kelab catur setempat dan pusat pengayaan menyaksikan lonjakan 20 peratus dalam pendaftaran untuk bermain catur.

Pengerusi Penganjur, Kumpulan Peminat Catur IAEC Kelab Masyarakat Kebun Baru Amit Saxena berkata: "Saya rasa kejohanan catur dunia mungkin memberikan lebih banyak pendedahan kepada sukan catur, yang disambut baik golongan muda sebagai sesuatu yang ingin mereka dalami sekarang ini kerana saya rasa ia mudah untuk mula bermain tetapi, tentu sekali, penguasaannya sangat sukar."

Persekutuan Catur Singapura melaporkan peningkatan lebih 50 peratus minat terhadap kursus dan perlawanan catur sepanjang tahun ini.

Beberapa akademi pula menyaksikan pendaftaran melonjak setinggi 20 peratus berbanding setahun sebelumnya.

Usia pemainnya semakin muda.

Pengurus besar Akademi Catur Singapura Philip Chan berkata: " Kami ada ramai kanak-kanak, semuda 7, 8, 9, 10 tahun yang boleh mengikuti permainan catur selama tiga hingga empat jam.

"Sebilangan kanak-kanak lebih kecil kami suka mengambil bahagian dalam peraduan antarabangsa dan mereka boleh duduk tiga hingga empat jam hanya untuk satu permainan."

Pendaftaran di banyak kelab catur di sini juga sudah penuh, dengan beberapa daripadanya ada senarai menunggu yang panjang untuk mengikuti sesi mingguan.

Misalnya kumpulan peminat catur di Kebun Baru yang kini mempunyai 30 anggota berbanding hanya dua orang beberapa tahun lalu.
Sumber : CNA/FZ/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita