Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Minahcurrent' terlepas, beberapa minit kemudian masuk kandang semula

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seekor kuda hitam yang dirakam meligas di sekitar Turf Club Road di Bukit Timah oleh seorang pemandu motosikal pada Selasa (22 Mac) sudah ditangkap oleh kakitangan kandang kuda itu.

Demikian disahkan oleh Lembaga Taman Negara (NParks). 

Seorang pengarah kumpulan Khidmat Haiwan dan Veterinar (AVS) di NParks, Dr Chua Tze Hoong, hari ini (23 Mac) berkata sebaik sahaja AVS dimaklumkan tentang kejadian tersebut, ia "menghubungi Gallop Stable dengan pantas". 

Kuda yang bernama 'Minahcurrent' itu melarikan diri daripada Gallop Stable, yang terletak di jalan yang sama. 

Pihak berkuasa itu menjawab pertanyaan daripada Mediacorp tentang video yang dimuat naik ke platform media sosial Reddit oleh pengguna, Joyocity, pada Selasa (22 Mac). Video tersebut menunjukkan seekor kuda yang meligas di tepi jalan, bersebelahan para pemandu dan pejalan kaki. 

Gallop Stable menyatakan kuda itu ditangkap "beberapa minit" selepas ia melarikan diri. Namun, jurucakapnya tidak mendedahkan bagaimana kuda itu berjaya melarikan diri daripada kandang tersebut. 

Ini bukan kali pertama seekor kuda ditemui berkeliaran di daerah tersebut. 

Sebelum ini, Gallop Stable didapati bersalah dan didenda sebanyak S$9,000 pada 2017 kerana mendera Sharpy, seekor kuda yang berusia 17 tahun. 

Kandang yang menguruskan 150 kuda dan anak kuda ini didapati gagal memberikan perhatian veterinar secukupnya kepada kuda itu dan menyebabkan penderitaan yang boleh dielakkan. 

Dr Chua menyatakan siasatan sedang dijalankan dan AVS sedang "bekerja dengan Gallop Stable untuk melakarkan langkah-langkah agar situasi sedemikian tidak berulang". 

Sumber : Today/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan