Skip to main content

Singapura

Millenia Walk pamer Cybertruck Tesla hingga 1 Sep

Anggaran Waktu Membaca:
Millenia Walk pamer Cybertruck Tesla hingga 1 Sep

(Gambar: AFP/FREDERIC J. BROWN)

SINGAPURA: Kenderaan ikonik Tesla, Cybertruck yang dinanti-nantikan, akhirnya tiba di Singapura.

Tetapi anda tidak akan mendapat peluang untuk membelinya atau memandu ujinya. Belum lagi.

Kenderaan kalis peluru dan keluli serta berupaya tahan karat, Cybertruck kini dipamerkan di luar Pusat Pengalaman Tesla di Millenia Walk untuk tetamu undangan dan pemilik Tesla sedia ada untuk menghadiri sesi previu sehingga 22 Ogos (Khamis).

Selepas itu, ia akan dibuka kepada orang ramai sehingga 1 Sep (Ahad). Orang ramai, walau bagaimanapun, tidak akan mendapat peluang untuk duduk di dalam kenderaan tersebut - kecuali mereka membeli Tesla (salah satu daripada Model 3 atau Model Y yang ditawarkan di sini) sepanjang tempoh tersebut.

Berjuta-juta orang di Amerika telah meletakkan wang cengkeram AS$100 (S$131.60) untuk membeli Cybertruck apabila ia diperkenalkan kepada dunia pada tahun 2019, dengan penghantarannya dijadual bermula pada November 2023.

Syarikat itu, bagaimanapun, telah menerima banyak kritikan atas ketidakupayaannya untuk menghasilkan Cybertruck dari kilangnya Giga Texas dengan cukup pantas dan mutu penghasilannya dipersoalkan di tengah-tengah tindakan untuk menarik balik kenderaan tersebut.

Namun, mustahil untuk mengalihkan pandangan daripada kenderaan cukup hebat ini yang telah menarik perhatian ramai orang di seluruh dunia.

Di Singapura, bagaimanapun, tidak mungkin mana-mana peminat Tesla akan berpeluang untuk memilikinya – tidak sehingga syarikat itu menghasilkan versi kereta pandu kanan dan selagi Tesla belum memenuhi tempahannya di Amerika Utara, yang kekal sebagai satu-satunya negara di dunia sehingga kini di mana orang ramai boleh membeli Cybertruck.

Cybertruck juga terkenal - dan boleh dikatakan - kalis peluru. Kulit strukturnya dibina daripada keluli tahan karat yang menjadikannya kebal kepada peluru berkaliber 45 dan 9mm serta peluru senapang patah 12-kelongsong – yang tidak boleh dituntut oleh pengeluar trak lain.

Komponen kacanya, bagaimanapun, tidak kalis peluru, walaupun cermin depan dan tingkap direka daripada kaca Tesla Armor yang sangat kuat yang diperbuat daripada kaca dan komposit berlapis polimer, yang dikatakan dapat menyerap dan mengubah kesan hentaman, menjadikannya lebih tahan terhadap kerosakan.

Jadi ini mungkin satu-satunya peluang untuk orang ramai melihat dan meninjau-ninjau Cybertruck secara dekat.

Orang ramai boleh mendaftar melalui laman ini.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita