Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Miliki senjata api: Lelaki dibawa ke tempat kejadian jenayah lepas 38 tahun larikan diri

Seow Lam Seng berusia 25 tahun apabila dia dan seorang rakannya ditahan polis di Tanjong Katong Road setelah dilihat berkelakuan mencurigakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Mar 2018 09:16PM Dikemas Kini : 28 Mar 2018 09:22PM

SINGAPURA: Seow Lam Seng berusia 25 tahun apabila dia dan seorang rakannya ditahan polis di Tanjong Katong Road setelah dilihat berkelakuan mencurigakan.

Ketika itu Seow didakwa membawa pistol manakala rakannya, Lee Ah Fatt, mengeluarkan pistol daripada kocek seluar dan mengacukannya ke arah polis. Tindakannya itu, menyebabkan salah seorang pegawai menembaknya. Lee meninggal dunia disebabkan kecederaannya.

(Gambar-gambar: Hani Amin)

Hari ini (28 Mac), 38 tahun selepas insiden itu, Seow dibawa ke lokasi kejadian tersebut. Selama ini, dia melarikan diri dan ditangkap di Pulau Pinang, Malaysia pada minggu lalu.

Seow, yang kini berusia 63 tahun, dilihat berpakaian kemeja polo T merah dan berseluar hitam dan tangan serta kakinya digari. Dia dibawa ke kawasan di luar sebuah kelab malam di mana dia ditahan polis pada 2 Oktober 1980.

(Gambar-gambar: Hani Amin)

Seow didakwa di mahkamah pada Isnin (26 Mac) atas kesalahan memiliki senjata api secara haram. Kesalahan tersebut membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup.

Seow berada di tempat kejadian selama lima minit sebelum dibawa pergi menaiki sebuah van berwarna kelabu sekitar pukul 3.25 petang.

Kes Seow akan disebut lagi di mahkamah pada 2 April.

(Gambar-gambar: Hani Amin)
Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan