Skip to main content

Singapura

Mikhy Brochez, yang dikehendaki di S'pura atas pembocoran data HIV, didakwa di AS kerana menceroboh

Warga Amerika yang disyaki membocorkan status postif HIV 14,200 individu dan maklumat sulit mereka, sudah dikesan di Kentucky, Amerika Syarikat, di mana dia didakwa kerana cuba menceroboh masuk rumah ibunya.

Anggaran Waktu Membaca:
Mikhy Brochez, yang dikehendaki di S'pura atas pembocoran data HIV, didakwa di AS kerana menceroboh

Mikhy Farerra-Brochez (Gambar: Pusat Tahanan Daerah Clark/Mugshots.com)

Diterbitkan : 30 Jan 2019 04:04PM Dikemas Kini : 30 Jan 2019 04:10PM

SINGAPURA: Warga Amerika yang disyaki membocorkan status postif HIV 14,200 individu dan maklumat sulit mereka, sudah dikesan di Kentucky, Amerika Syarikat, di mana dia didakwa kerana cuba menceroboh masuk rumah ibunya.

Mikhy K Farrera-Brochez, 34 tahun, diberkas di rumah ibunya di Clark County, Winchester, Kentucky pada Disember lalu, menurut dokumen mahkamah yang dilihat Mediacorp.

Kementerian Kesihatan pada Isnin (28 Jan) mendedahkan bahawa Brochez membocorkan maklumat peribadi 14,200 penghidap HIV dalam talian online.

Maklumat tersebut termasuk nama, nombor telefon, butiran pasangan (nombor telefon dan alamat), keputusan ujian HIV dan maklumat perubatan berkaitan, menurut kenyataan dalam laman web MOH.

Bekas pensyarah itu pernah dikenakan hukuman penjara pada 2016 kerana berbohong mengenai status HIVnya untuk mendapat pas pekerjaan di Singapura.

Brochez, yang didapati bersalah atas kesalahan berkaitan dadah dan menipu dihukum penjara 28 bulan.

Pada April tahun lalu, dia diusir dari Singapura, dan kini dikehendaki kerana kaitannya dengan pembocoran data itu.

"Kami meminta kerjasama rakan sejawat di luar negara untuk membantu dengan siasatan kami. Masanya tidak sesuai untuk mengulas lanjut berkenaan kes itu kerana siasatan masih dijalankan," menurut Pasukan Polis Singapura dalam satu kenyataan, tanpa mendedahkan sebarang negara.

Jurucakap Kedutaan Amerika Syarikat di Singapura, Cik Camille Dawson, berkata kedutaan itu tidak dapat memberi komen berhubung siasatan yang sedang dijalankan.

Sumber : CNA/NA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita