Mia Food didenda S$3,000; bungkus semula produk makanan secara haram
Gambar: SFA
SINGAPURA: Pembekal kudapan (snek) didenda S$3,000 kerana membungkus semula makanan secara haram di sebuah premis yang tidak berlesen, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Rabu (16 Mac)
Semasa menjalankan pemeriksaan di premis Mia Food pada Mei 2021, para pegawai SFA menemui bermacam-macam makanan ringan sedang dibungkus semula di sana.
Lebih 600 kilogram makanan ringan turut dirampas.
"Membungkus semula produk makanan secara haram di premis yang tidak berlesen boleh menimbulkan risiko keselamatan makanan," menurut SFA dalam kenyataan medianya.
"Di Singapura, semua kemudahan membungkus semula makanan mestilah berlesen dan diwajibkan mematuhi syarat-syarat dan piawaian keselamatan makanan SFA.
"Premis-premis berlesen juga akan diperiksa secara berkala oleh SFA."
Sesiapa saja yang didapati bersalah kerana membungkus semula barangan makanan di premis tidak berlesen boleh didenda sehingga S$5,000 bagi kesalahan pertama.
Bagi kesalahan kedua dan seterusnya pula, pesalah boleh didenda sehingga S$10,000, dipenjara sehingga tiga bulan, atau kedua-duanya sekali.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.