Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MHF luaskan ceramah Cendekiawan Lestari ke peringkat Nusantara, dapat sambutan memberangsangkan

Anggaran Waktu Membaca:
MHF luaskan ceramah Cendekiawan Lestari ke peringkat Nusantara, dapat sambutan memberangsangkan

Edisi pertama siri ceramah itu menampilkan tokoh dan penggiat seni, Khairul Anwar Salleh (kanan) dan Penyampai dan Editor Kanan, BERITA Mediacorp Izwan Ohtman (kiri) selaku moderator. (Gambar: Yayasan Warisan Melayu)

SINGAPURA: Daya usaha untuk membentangkan dan mengetengahkan sudut pandangan tokoh pemikir masyarakat Melayu dalam 'Siri Cendekiawan Lestari' kini diperluaskan kepada peringkat Nusantara.

Siri ceramah anjuran Yayasan Warisan Melayu (MHF) yang dilancarkan pada 2020 itu kini dikembangkan dengan topik-topik perbicaraan yang lebih bersifat menyerantau dan kritis.

Siri Cendekiawan Lestari edisi Nusantara itu membuka tirainya di The POD@National Library pada Sabtu (24 Nov).

Menurut pihak penganjur, siri yang diperluaskan itu ekoran sambutan yang cukup memberangsangkan buat 'Siri Cendekiawan Lestari'.

"Sambutannya sangat menggalakkan ketika itu dan pihak yayasan berasa bahawa sudah masanya untuk kita kembangkan siri ini kepada tokoh-tokoh di Nusantara dan topiknya mungkin boleh di seranta atau topik yang lebih besar," kongsi Pengurus Besar Yayasan Warisan Melayu (MHF), Rilla Melati Bahri.

Tambah beliau, ini juga disebabkan permintaan para hadirin yang menginginkan sesuatu yang lebih dinamik dan boleh di ambil iktibar secara langsung.

KHAIRUL ANWAR SALLEH TOKOH DIJEMPUT

Buat edisi pertama, tokoh dan penggiat seni, Khairul Anwar Salleh yang sudah berkecimpung dalam bidang dunia seni dan kreatif selama lebih tiga dekad dijemput untuk menyampaikan ceramah.
Edisi pertama siri ceramah itu menampilkan tokoh dan penggiat seni, Khairul Anwar Salleh. (Gambar: Yayasan Warisan Melayu)
Ceramah berjudul "Secupak Nan Segantang: Memberdaya dan Memasarkan Kandungan Nusantara di Era Digital" itu membincangkan antara cabaran dan cara-cara untuk meluaskan lagi pasaran bagi kandungan Melayu dengan teknologi yang ada.

Berbekalkan pengalamannya yang mendalam dalam bidang seni, televisyen, pementasan dan pengurus kandungan, Encik Khairul Anwar Salleh turut memberi pencerahan tentang peluang komersil yang tersedia bagi kandungan Nusantara dan potensi landskap digital yang semakin pesat berkembang untuk mempertingkat kandungan budaya secara global.

"Saya rasa hanya melalui perkongsian, dialog dan pertemuan seperti ini kita dapat menyuarakan dan mendengar sekali gus apa yang perlu dicantumkan kerana apabila kita bercakap tentang Nusantara, kita bercakap tentang tiga geografi yang berbeza.

"Budaya yang berbeza, kemahiran yang berbeza-beza dan pasaran yang berbeza. Jadi lebih kerap kita berjumpa dan bercakap dan kita mengingatkan diri sendiri dan itu mungkin kita tidak tersesat jalan," kata Encik Khairul.

EDISI PERTAMA SIRI NUSANTARA DAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN

Sambutan bagi edisi pertama itu juga di luar jangkaan pihak penganjur.

"Sambutannya tidak dijangkakan. Kami memenuhi dewan ini sepenuhnya. Kapasiti dewan ini adalah 120 orang dan hari ini kita ada 120 orang (yang hadir) dan ini tidak pernah berlaku sebelum ini.
Gambar: Yayasan Warisan Melayu
"Saya rasa sambutan ini memberikan kami satu mandat bahawa kami melakukan sesuatu yang yang betul dan kandungan kami dikehendaki," kata Cik Rilla.

Buat sesi-sesi akan datang MHF dalam perancangan untuk menjemput tokoh-tokoh daripada bidang yang lebih rencam.

"Kita akan memilih (tokoh-tokoh) dari rantau ini dan mereka akan datang dari pelbagai latar belakang. Kita ada beberapa nama besar yang kita harap boleh dibawa masuk dan mereka mungkin datang dari bidang seni bina, perubatan dan sains. Kita juga akan memastikan bahawa kandungan kami kekal relevan," kata Cik Rilla.

PERKEMBANGAN FILEM 'P.RAMLEE - JERITAN BATINKU'

Dalam kesempatan itu, Encik Khairul yang juga merupakan Pengarah Urusan syarikat Inkhouse Media Pte Ltd (Singapura) dan Inkhouse Pictures Sdn Bhd (Malaysia) berkongsi perkembang filem biopik 'P. Ramlee - Jeritan Batinku' dengan Berita Mediacorp.

"Saya berpuas hati dengan skrip yang sudah mula lahir kerana penyelidikan dan kita sudah nampak adegan adegan yang kita rasakan 'ok kita ada filem yang bagus'. Jadi seterusnya kami akan bawa tenaga kerja dan kepakaran untuk menghasilkan filem ini.

"(Pelakon mainkan watak) P.Ramlee kami belum boleh kami kongsikan siapa, sudah mula berlatih dengan pelatih yang akan melatihnya macam mana nyanyian, suara dan gerak laku P.Ramlee," kongsi Encik Khairul.

Filem itu dijangka akan ditayangkan di pawagam pada 2026.
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan