MHA usul polis diberi kuasa arah bank & telko kongsi maklumat, tutup akaun berkait penipuan
Anggaran Waktu Membaca:
- Kementerian Ehwal Dalam Negeri Singapura mengusulkan rang undang-undang baharu untuk memperkukuh tindakan terhadap penipuan online, dibentangkan di Parlimen pada 4 Ogos.
- Polis dicadangkan diberi kuasa mengarahkan penyedia khidmat mendedahkan maklumat dan menutup akaun berkaitan penipuan, serta memperkenalkan dua jenis arahan baharu.
- Denda maksimum terhadap penyedia khidmat online yang gagal mematuhi undang-undang dinaikkan sehingga S$10 juta, dengan sekatan tambahan terhadap individu dan akaun yang terlibat.
- Daftar Penipuan Nasional dan penggunaan program komputer diperkenalkan untuk mempercepat pertukaran maklumat serta tindakan terhadap penipuan, dengan perlindungan undang-undang diperkukuh.
SINGAPURA: Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada Selasa (4 Ogos) mengusulkan supaya polis diberi kuasa untuk mengarahkan penyedia khidmat mendedahkan maklumat mengenai kegiatan berkaitan penipuan dan menutup akaun yang mungkin digunakan untuk memudahkan jenayah dan kesalahan sedemikian.
MHA juga mahu menaikkan denda sehingga S$10 juta terhadap penyedia khidmat online sekiranya mereka gagal mematuhi Akta Bahaya Jenayah Online (OCHA).
Rang Undang-Undang Penipuan (Langkah-Langkah Pencegahan) dan Perkara-Perkara Lain dibentangkan di Parlimen pada Selasa (4 Ogos).
"Penipuan berleluasa dengan pantas dan undang-undang Singapura perlu bergerak seiring," menurut MHA.
Kementerian itu menyatakan bahawa rang tersebut akan memperkukuh keupayaan Singapura mengesan penipuan lebih awal, menggagalkan operasi penipuan dengan lebih pantas serta mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang membolehkan atau memudahkan kegiatan tersebut.
Jumlah kes penipuan di Singapura merosot 27.6 peratus pada 2025 selepas meningkat sejak beberapa tahun lalu.
Namun, polis menyatakan keadaan masih "sangat membimbangkan".
Lebih 7,000 keldai wang dan individu yang disyaki terlibat dalam kes penipuan disiasat tahun lalu.
DUA PERINTAH BAHARU
Menurut MHA, penipu dan keldai wang sering menggunakan akaun yang disediakan oleh penyedia khidmat berbeza.
Ini termasuk institusi kewangan seperti bank dan penyedia khidmat token pembayaran digital, syarikat telekomunikasi (telko) serta penyedia khidmat online.
Namun, tanpa mekanisme perkongsian maklumat yang konsisten, kegiatan mencurigakan yang dikesan oleh sebuah penyedia khidmat mungkin tidak dikongsi secara sistematik dengan penyedia lain.
Ini boleh menyebabkan usaha menangani penipuan menjadi tidak bersepadu.
Agensi Sains dan Teknologi Home Team (HTX) dan polis sedang membangunkan satu platform yang dikenali sebagai Daftar Penipuan Nasional bagi memudahkan pertukaran maklumat sedemikian.
Daftar itu akan menyediakan maklumat tambahan kepada pihak-pihak relevan mengenai kemudahan yang diketahui digunakan untuk kegiatan penipuan, termasuk akaun bank, nombor telefon dan akaun online serta identiti individu terlibat.
Maklumat tersebut antara lain membolehkan bank mengesan dan menggantung lebih banyak akaun yang berpotensi digunakan untuk kegiatan penipuan sebelum ia disalahgunakan.
Bagi membolehkan pertukaran maklumat berkaitan penipuan antara polis dengan penyedia khidmat dilakukan dengan selamat, rang undang-undang itu mengusulkan supaya polis dibenarkan mengeluarkan dua jenis arahan.
Arahan pertama akan mewajibkan penyedia khidmat mendedahkan maklumat mengenai akaun tertentu dan kegiatan berkaitan penipuan, termasuk maklumat yang diperlukan untuk mencegah atau menggagalkan kesalahan sedemikian.
Arahan kedua pula membolehkan polis mengarahkan penyedia khidmat menutup akaun tertentu atau akaun yang memenuhi syarat berkaitan penipuan yang ditetapkan polis.
Akaun tersebut boleh digantung sehingga 30 hari dan tempoh itu boleh dilanjutkan sekali lagi sehingga 30 hari.
Individu yang akaunnya digantung atau ditutup boleh membuat rayuan kepada Pesuruhjaya Polis atau pegawai yang ditetapkan.
Arahan itu akan terus dikuatkuasakan sedang rayuan dipertimbangkan.
SEKAT KEMUDAHAN KELDAI SINDIKET PENIPUAN
Rang undang-undang itu juga bertujuan memperkukuh rangka kerja sekatan kemudahan yang diperkenalkan pada Oktober tahun lalu.
Rangka kerja itu menyekat akses keldai sindiket penipuan kepada kemudahan seperti khidmat kewangan, telekomunikasi dan Singpass.
Sekatan boleh dikenakan terhadap individu yang sudah diberi amaran, didenda, didakwa atau disabitkan atas kesalahan berkaitan kegiatan keldai sindiket penipuan.
Ia juga boleh dikenakan terhadap mereka yang sedang disiasat dan dinilai berisiko terus memudahkan kegiatan penipuan.
Sehingga 30 Jun tahun ini, 1,423 keldai wang, 1,439 keldai kad SIM dan 53 keldai korporat sudah diletakkan di bawah rangka kerja tersebut, menurut MHA.
Polis juga akan diberi kuasa mengeluarkan arahan untuk mengehadkan khidmat bagi mewajibkan penyedia khidmat menyekat khidmat kepada seseorang bagi menangani kesalahan berkaitan penipuan.
Sekatan tersebut boleh dikenakan sehingga tiga tahun.

SALAH GUNA AKAUN ONLINE
Pada 2024, pemerintah memperkenalkan tindakan terhadap beberapa kesalahan baharu bagi membendung penyalahgunaan kad SIM, Singpass dan akaun bank.
Rang undang-undang terbaharu itu diusulkan bagi menangani penyalahgunaan akaun online.
Ia termasuk memberikan maklumat peribadi secara tidak sah untuk mendaftar akaun online bagi kegiatan jenayah, memiliki akaun online yang didaftarkan menggunakan maklumat peribadi individu lain bagi kegiatan jenayah serta membekalkan atau menerima akaun online bagi tujuan jenayah.
Kesalahan tersebut hanya akan dikenakan terhadap akaun daripada khidmat online yang ditentukan di bawah OCHA.
Ia melibatkan Facebook, Instagram, WhatsApp, Telegram, WeChat, TikTok, Carousell, Google dan Apple.

HUKUMAN, DENDA KINI LEBIH BERAT
Sejak OCHA dikuatkuasakan pada 2024, polis sudah mengeluarkan arahan terhadap penyedia khidmat online supaya menurunkan kandungan berkaitan penipuan.
Kod amalan dan arahan pelaksanaan turut dikeluarkan bagi mewajibkan penyedia khidmat online melaksanakan langkah-langkah antipenipuan.
Bagi memperkukuh keberkesanan OCHA, rang undang-undang tersebut mengusulkan hukuman denda lebih berat terhadap penyedia khidmat online yang gagal mematuhi kod amalan dan arahan pelaksanaannya.
Bagi setiap ketidakpatuhan, penyedia khidmat online boleh dikenakan hukuman denda sehingga S$10 juta, berbanding denda maksimum S$1 juta sekarang.
Mereka juga boleh diarahkan membetulkan ketidakpatuhan menerusi notis pembetulan atau arahan pematuhan.
Kegagalan mematuhi notis atau arahan tersebut juga boleh membawa kepada hukuman denda sehingga S$10 juta.
Hukuman denda tambahan sehingga S$300,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya boleh dikenakan sekiranya kesalahan berterusan selepas sabitan, berbanding maksimum S$100,000 sekarang.
Sebelum sebarang hukuman denda dikenakan, penyedia khidmat online akan diberikan notis bertulis mengenai tindakan penguatkuasaan yang dicadangkan dan tempoh untuk mengemukakan representasi.
Penyedia khidmat online juga boleh merayu kepada Menteri Ehwal Dalam Negeri terhadap hukuman denda yang dikenakan.
ARAHAN OCHA MENERUSI PROGRAM KOMPUTER
Satu lagi pindaan yang diusulkan ialah membolehkan arahan di bawah OCHA dikeluarkan menggunakan program komputer.
Menurut MHA, langkah tersebut membolehkan pihak berkuasa mengeluarkan arahan dengan lebih pantas dan pada skala lebih besar.
Penipu kini boleh menjana sejumlah besar laman web, akaun dan iklan penipuan dalam tempoh singkat, sekali gus menyukarkan proses semakan secara manual untuk bertindak dengan pantas.
MHA turut mendedahkan bahawa langkah perlindungan akan disediakan bagi memastikan program tersebut beroperasi dengan tepat, adil dan mengikut undang-undang.
Rang undang-undang itu juga mengusulkan pindaan terhadap Akta Perlindungan daripada Penipuan bagi membolehkan pegawai tertentu meminta maklumat mengenai individu yang perlu dimaklumkan apabila Arahan Sekatan dikeluarkan, termasuk pemegang akaun bersama.
Selain itu, pindaan terhadap Akta Pasukan Polis diusulkan bagi membolehkan pegawai pakar awam dilantik dan diberikan kuasa untuk menjalankan tugas siasatan.
Kuasa tersebut termasuk melakukan penggeledahan, penangkapan dan penyitaan serta meminta dokumen.
Polis merancang untuk merekrut pegawai yang mempunyai kemahiran dan keupayaan membanteras jenayah siber menyusuli pelancaran Markas Siber.

Sumber : CNA/FD/fd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.