Skip to main content

Singapura

MHA tolak permohonan States Times Review untuk batalkan arahan pembetulan

Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) menolak permohonan oleh States Times Review untuk membatalkan arahan pembetulan yang dikeluarkan di bawah undang-undang berita palsu Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
MHA tolak permohonan States Times Review untuk batalkan arahan pembetulan

Bangunan Kementerian Ehwal Dalam Negeri Singapura.

Diterbitkan : 03 Jan 2020 10:05PM Dikemas Kini : 03 Jan 2020 10:06PM

SINGAPURA: Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) menolak permohonan oleh States Times Review untuk membatalkan arahan pembetulan yang dikeluarkan di bawah undang-undang berita palsu Singapura.

Kementerian itu menyatakan, States Times Review sekadar membentangkan semula kenyataan-kenyataan palsu dalam permohonan yang diserahkan pada Rabu (1 Jan).

Ia juga tidak memberikan sebarang bukti untuk menepis sebab-sebab arahan pembetulan dikeluarkan.

States Times Review memuat naik satu catatan Facebook pada November tahun lalu yang antara lain mendakwa seorang pemberi maklumat atau 'whistleblower' diberkas kerana mendedahkan hubungan calon Parti Tindakan Rakyat dengan pertubuhan-pertubuhan Kristian.

Satu arahan pembetulan dikeluarkan pada bulan yang sama, di bawah Akta Perlindungan Daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA) kepada Alex Tan Zhi Xiang, yang mengendalikan laman Facebook dan laman rasmi States Times Review.

Namun, Tan enggan mematuhi arahan tersebut.

Laman Facebooknya masih menunjukkan catatan asal yang dimuat naik tanpa sebarang notis pembetulan.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita