Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MHA tolak permohonan Jolovan Wham untuk ubah atau batalkan arahan POFMA

Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) menolak permohonan aktivis dan pekerja sosial Jolovan Wham untuk mengubah atau membatalkan Arahan Pembetulan yang dikeluarkan terhadapnya di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (POFMA).

Anggaran Waktu Membaca:
MHA tolak permohonan Jolovan Wham untuk ubah atau batalkan arahan POFMA

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 14 Oct 2021 07:13PM Dikemas Kini : 14 Oct 2021 07:16PM

SINGAPURA: Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) menolak permohonan aktivis dan pekerja sosial Jolovan Wham untuk mengubah atau membatalkan Arahan Pembetulan yang dikeluarkan terhadapnya di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (POFMA).

Arahan Pembetulan dikeluarkan terhadap Encik Wham pada 8 Oktober berhubung satu catatan media sosial mengenai kenyataan Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam berhubung peraturan undang-undang.

Catatan Twitter pada 6 Oktober itu memberikan gambaran seolah-olah "Menteri Ehwal Dalam Negeri berpendapat bahawa peraturan undang-undang tidak diamalkan di dunia sebenar, termasuk di Singapura", menurut MHA dalam satu kenyataan media pada Khamis (14 Okt).

Arahan Pembetulan terhadap Encik Wham "memenuhi" syarat-syarat yang ditetapkan untuk mengeluarkan arahan tersebut dan permohonan Encik Wham tidak pula mengemukakan alasan yang bertentangan, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri.

"Setelah menimbangkan permohonan tersebut dengan teliti, Menteri Ehwal Dalam Negeri memutuskan untuk menolaknya," menurut MHA lagi, sambil menambah bahawa Encik Wham juga sudah dimaklumkan tentang keputusan tersebut.

Di bawah POFMA, jika beliau mahu, Encik Wham boleh mencabar arahan pembetulan itu di Mahkamah Tinggi.

Pada 10 Oktober, Encik Wham memuat naik notis pembetulan ke akaun Twitternya, yang menyatakan bahawa catatan asal mengandungi kenyataan palsu mengenai komen Encik Shanmugam.

"Bagaimanapun, saya tidak bersetuju dengan arahan pembetulan itu dan akan membuat permohonan untuk membatalkan/mengubah notis tersebut," katanya bagi membalas notis pembetulan itu.

Pada 7 Oktober, MHA menghantar surat kepada sembilan entiti, termasuk Encik Wham, yang menerbitkan "catatan palsu" di Facebook yang "disalah tafsir" apa yang disampaikan oleh Encik Shanmugam di Parlimen. Kesemua entiti, kecuali Encik Wham, sudah memohon maaf, membetulkan catatan yang dimuat naik, atau melakukan kedua-duanya.

Komen Encik Shanmugan mengenai peraturan undang-undang di Singapura dikeluarkan di akhir perbahasan Rang Undang-undang (Langkah Tindakan Balas) Campur Tangan Asing (FICA) pada 4 Oktober.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan