MHA tingkat usaha siapkan masyarakat tangani ancaman pengganasan
Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) sedang meningkatkan usaha menyiapkan masyarakat menangani ancaman pengganasan yang menurut pemerintah, adalah satu "kebiasaan baru".

SINGAPURA: Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) sedang meningkatkan usaha menyiapkan masyarakat menangani ancaman pengganasan yang menurut pemerintah, adalah satu "kebiasaan baru".
Ini termasuk lebih banyak usaha mendekati orang ramai di pusat membeli-belah dan estet-estet privet, sebagai sebahagian daya usaha SGSecure.
Satu tinjauan melibatkan kira-kira 2,000 rakyat Singapura menunjukkan sekitar 50 peratus daripada mereka sudah terlatih atau biasa dengan kemahiran persiapan kecemasan seperti bantuan kecemasan.
Kurang 30 peratus pula pernah mengambil bahagian dalam kegiatan mempersiapkan diri menghadapi kecemasan.
Maka itu, pihak berkuasa mahu meningkatkan usaha mendekati masyarakat menerusi kempen lebih besar di pusat beli-belah estet-estet kejiranan dan estet-estet privet.
Matlamatnya mendekati 100 buah kondominium dalam tempoh dua tahun.
Satu rangkaian pasukan bertindak juga sudah dibentuk bagi para sularelawan yang akan dikumpulkan semasa berlaku krisis.
Untuk memastikan semua usaha diselaraskan, pihak berkuasa sudah mula menubuhkan "Meja Bundar Pasukan Bertindak Masyarakat".
Ini bagi membantu pertubuhan agama, sekolah, perniagaan dan pertubuhan akar umbi bekerjasama dan berkongsi amalan terbaik semasa kecemasan.
Daya-daya usaha tersebut diumumkan di Persidangan Masyarakat SGSecure, siang tadi (26 Jan).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.