Skip to main content

Singapura

MHA timbang longgarkan peraturan penjualan, pemakanan produk mengandungi alkohol

Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) sedang menimbangkan untuk mengecualikan produk-produk makanan yang mengandungi alkohol daripada Akta Kawalan (Bekalan dan Peminuman) Arak yang dikuatkuasakan tiga tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
MHA timbang longgarkan peraturan penjualan, pemakanan produk mengandungi alkohol

(Gambar: Facebook/Mr Brown, Clinton Carnegie)

Diterbitkan : 25 Oct 2018 04:20PM Dikemas Kini : 25 Oct 2018 04:22PM

SINGAPURA: Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) sedang menimbangkan untuk mengecualikan produk-produk makanan yang mengandungi alkohol daripada Akta Kawalan (Bekalan dan Peminuman) Arak yang dikuatkuasakan tiga tahun lalu.

Ini menurut kementerian itu dalam kenyataan medianya yang dikeluarkan pada Khamis (25 Okt).

Akta tersebut, yang dikuatkuasakan pada April 2015, mengharamkan penjualan arak di kedai-kedai runcit dan meminum arak di tempat-tempat awam antara pukul 10.30 malam sehingga 7.00 pagi setiap hari.

Akta itu mendefinisikan arak sebagai produk-produk yang mengandungi lebih 0.5 peratus alkohol.

Minuman keras masih dibenarkan di premis-premis berlesen seperti restoran, kedai kopi atau bar, tertakluk kepada waktu-waktu yang ditetapkan dalam lesen.

"Langkah-langkah ini berhasil mengurangkan dengan ketara insiden mabuk di tempat awam dan hal-hal yang berkaitan dengan kerosakan harta benda awam," menurut MHA dalam kenyataan medianya. 

Sumber : CNA/NA/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita