MHA rintis model baharu kukuhkan hubungan kekeluargaan bagi banduan
Anggaran Waktu Membaca:

Pagar masuk Penjara Changi. (Gambar fail: Singapore Prison Services)
SINGAPURA: Jabatan Penjara Singapura sedang menguji model baharu bagi penyatuan semula dengan keluarga, untuk para banduan.
Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Dr Muhammad Faishal Ibrahim berkata, langkah itu bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan golongan itu.
Beliau berkata: "Para banduan juga akan menghadiri sesi kumpulan sokongan, yang diterajui rakan-rakan masyarakat dan rakan penyokong yang sudah selesai menjalani program tersebut. Ini membenarkan banduan untuk mengalihkan identiti mereka daripada menjadi pesalah, kepada menjadi contoh teladan. "
Sebuah program yang membenarkan para ibu bapa di penjara melakukan panggilan menerusi video bagi memantau perkembangan anak mereka, juga akan diperluas ke lebih banyak sekolah.
Bekas pesalah juga akan menerima lebih banyak sokongan daripada Reben Kuning Singapura untuk mencapai matlamat kerjaya mereka.
Sementara itu, mereka di rumah peralihan akan mendapat bantuan jagaan susulan bagi tempoh lebih panjang.

Sumber : CNA/NY/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.