MHA rancang pinda Akta Lalu Lintas Jalan Raya tangani keselamatan di jalan raya
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) merancang untuk meminda Akta Lalu Lintas Jalan Raya bagi menangani keadaan keselamatan jalan raya yang semakin merosot.
Tiada butiran lanjut tersedia setakat ini.
Untuk tahun ketiga berturut-turut, jumlah kemalangan dan kematian di jalan raya meningkat dalam tempoh enam bulan pertama.
Pengguna jalan raya yang lebih berisiko seperti penunggang motosikal dan warga emas, membentuk sebahagian besar angka korban di jalan-jalan raya.
Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Singapura berharap, pindaan yang dirancang termasuk had laju lebih rendah di zon warga emas dan zon sekolah, serta tindakan lebih tegas terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol.
Pengerusi bagi Majlis Keselamatan Jalan Raya Bernard Tay berkata: "Jika seseorang ditangkap kerana melebihi had yang dibenarkan untuk memandu dalam keadaan mabuk, mereka akan didakwa dan seterusnya dibenarkan ikat jamin.
"Namun ketika dalam ikat jamin, mereka masih boleh memandu. Saya rasa mereka tidak sepatutnya dibenarkan memandu.
"Satu lagi perkara, apabila seseorang memandu di bawah pengaruh alkohol, tetapi tidak melebihi had yang ditetapkan, tiada undang-undang yang menghalang mereka daripada terus memandu."

Sumber : CNA/NY/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.