Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MHA pertimbang rekod jenayah 17 individu disabit bersalah di bawah 377A antara 1988-2007

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) menyatakan pada Rabu (30 Nov) bahawa rekod jenayah 17 individu yang pernah disabit kesalahan di bawah undang-undang yang dahulu melarang seks sesama lelaki, berkemungkinan boleh menganggap bahawa ia akan dilupuskan.

Menurut MHA, 17 individu berkenaan disabit kesalahan antara tahun 1988 hingga 2007 atas perbuatan homoseksual secara privet dengan izin pasangan masing-masing dan mereka masih hidup.

MHA menyatakan individu yang mempunyai sabitan kesalahan yang dilupuskan tidak akan lagi mempunyai rekod jenayah.

Dalam erti kata lain, sekiranya dia ditanya sama ada dia mempunyai rekod jenayah, dia boleh menjawab 'tidak' di sisi undang-undang.

Dalam ucapan di Parlimen pada Selasa lalu, Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam menjelaskan bahawa bagi kes membabitkan mangsa yang tidak mengizinkan atau perbuatan terhadap kanak-kanak serta perbuatan di tempat awam, rekod jenayah individu berkenaan tidak mungkin akan dilupuskan.

Kesalahan di bawah Seksyen 377A membawa hukuman penjara sehingga dua tahun.
Sumber : CNA/ZM/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan