Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MHA, MSF tingkatkan usaha banteras perjudian haram ketika Piala Dunia

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) menyatakan pada Khamis (17 Nov) bahawa ia akan meningkatkan usaha membanteras masalah perjudiaan serta perjudian haram semasa Piala Dunia bola sepak yang berlangsung dari 20 November hingga 18 Disember.

Dalam satu kenyataan media bersama, MHA dan menekankan bahawa hanya kegiatan perjudian berlesen, lesen mengikut kelas atau kegiatan perjudian yang dikecualikan dibenarkan di Singapura.

Menurutnya lagi, Singapore Pools merupakan satu-satunya pengendali berlesen untuk menyediakan khidmat loteri dan pertaruhan sukan di Singapura.

"Polis bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk melumpuhkan talian telefon yang dilaporkan mengiklankan aktiviti perjudian haram; menyekat akses kepada kandungan dan laman web perjudian haram;
serta menutup akaun bank mereka yang terlibat dengan aktiviti perjudian haram.

"Polis juga akan berusaha untuk mengesan identiti pelaku di sebalik kegiatan perjudian yang menyalahi undang-undang dan mengambil tindakan ke atas mereka."

Kenyataan media itu turut menarik perhatian bahawa Penguasa Pengawalan Perjudian (GRA) sudah menyekat sekitar 1,200 laman web perjudian jarak jauh, 250 akaun bank, dan pembayaran berjumlah lebih S$33 juta yang dikaitkan dengan khidmat judi jarak jauh.

Usaha mendidik orang awam oleh Majlis Kebangsaan Terhadap Masalah Perjudian (NCPG) dan Majlis Pencegahan Jenayah Kebangsaan (NCPC) juga akan dipertingkat, kata MHA dan MSF.

Mereka yang didapati bersalah berjudi bersama khidmat perjudian tidak berlesen boleh didenda sehingga S$10,000, dipenjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya.

"Piala Dunia merupakan acara sukan utama yang patut dinikmati tanpa rasa risau tentang hutang judi," kata Cik Sim Gim Guan, Pengerusi Majlis Kebangsaan Terhadap Masalah Perjudian.

"Kami menggesa semua orang untuk mengamalkan tanggungjawab peribadi dan mengawasi keluarga dan rakan-rakan yang mungkin terjejas dengan masalah judi."

Sesiapa yang didapati bersalah mengendalikan kegiatan perjudian secara haram berdepan denda sehingga S$500,000 dan hukuman penjara sehingga tujuh tahun. Pesalah berulang pula akan dikenakan denda sehingga S$700,000 dan dipenjara sehingga 10 tahun.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan