Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MHA: Dickson Yeo tidak timbulkan sebarang ancaman keselamatan langsung kepada S'pura

Pihak berkuasa Singapura menyatakan siasatan menunjukkan Dickson Yeo Jun Wei tidak menimbulkan sebarang ancaman langsung ke atas keselamatan Singapura dan ia sedang menghulurkan bantuan konsular.

Anggaran Waktu Membaca:
MHA: Dickson Yeo tidak timbulkan sebarang ancaman keselamatan langsung kepada S'pura

Yeo Jun Wei Dickson mengaku bersalah meggunakan sebuah perniagaan rundingan palsu untuk mendapatkan maklumat bagi risikan China. (Gambar: Dickson Yeo/Faceboook)

Diterbitkan : 26 Jul 2020 07:52PM Dikemas Kini : 26 Jul 2020 07:59PM

SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura menyatakan siasatan menunjukkan Dickson Yeo Jun Wei tidak menimbulkan sebarang ancaman langsung ke atas keselamatan Singapura dan ia sedang menghulurkan bantuan konsular.

Dickson Yeo sudahpun didakwa di Amerika Syarikat atas kesalahan merisik bagi pihak China.

Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) diberitahu oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat mengenai penangkapan lelaki Singapura itu November tahun lalu.

Jumaat lalu (24 Jul), Yeo mengaku bersalah di Amerika kerana membantu agensi risik China.

"Saya tidak mempunyai sebarang maklumat istimewa selain daripada apa yang dikeluarkan dalam media. Saya percaya dia sudah mengaku bersalah atas tuduhan di Amerika Syarikat tetapi dia adalah rakyat Singapura dan adalah tanggungjawab kami untuk menghulurkan bantuan konsular kepadanya berdasarkan keperluannya," kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.

"Jadi saya tidak mempunyai sebarang komen selanjutnya mengenai kes ini."

Beliau ditemui hari ini (26 Jul) selepas mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya dari Malaysia.

Dalam pada itu, Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew sudahpun menamatkan pengajian PhD Yeo dengan serta-merta. Yeo berdaftar di sekolah itu pada 2015.

Tahun lalu, dia diberikan Cuti Ketidakhadiran (LOA) selepas membuat permohonan. 

Sumber : CNA/SY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan