MHA beri amaran tentang penglibatan dalam kempen politik atau kumpul dana bagi agenda politik luar negara
Anggaran Waktu Membaca:
Bangunan Kementerian Ehwal Dalam Negeri di Singapura.
SINGAPURA; Pihak berkuasa Singapura memberi amaran kepada mereka di negara ini untuk tidak mengadakan kempen politik atau mengumpul dana untuk menyokong agenda politik luar negara.
Ia termasuk mereka yang melawat, bekerja atau menetap di Singapura.
Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) menyatakan ia maklum tentang dakwaan negara ini mungkin digunakan sebagai platform untuk Pilihan Raya Presiden Indonesia, yang dijadualkan pada Februari.
Ini termasuk dakwaan terdapat dana di Singapura yang bertujuan untuk menyokong calon-calon tertentu.
MHA menambah pemerintah berpendirian jelas dan kukuh menentang langkah mengimport politik luar negara ke Singapura.
Ia menambah sesiapa yang melakukan sedemikian akan berdepan dengan tindakan yang tegas.
Ini termasuk memansuhkan kemudahan imigresen, seperti kewarganegaraan, pas Penduduk Tetap (PR) atau jangka panjang.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.