Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MHA balas komentar hukuman mati oleh Ketua Pembangkang Pritam Singh

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada Selasa (6 Sep) membalas komentar oleh ketua Parti Pekerja yang juga Ketua Pembangkang, Pritam Singh, yang diterbitkan baru-baru ini dalam rencana TODAY.

Komen beliau seperti berikut:

Encik Pritam Singh berkongsi pandangannya tentang pengedaran dadah dan hukuman mati. ("Commentary: Death penalty for drug trafficking should stay, but certain aspects of drug law can be improved")

Pandangan Encik Singh bersetuju secara meluas dengan pendirian pemerintah yang tidak bertolak ansur sama sekali terhadap dadah.

Beliau menerima perlunya hukuman mati dan mengakui kesannya dalam mencegah kesalahan tersebut. Tanpa hukuman itu, lebih ramai pengedar dadah yang akan membawa jumlah besar dadah ke Singapura.

Encik Singh juga bersetuju bahawa sifat jenayah perdagangan dadah dan kesan buruk dadah terhadap masyarakat harus dipaparkan dengan lebih kukuh dalam wacana penyokong pemansuhan.

Namun, ada juga beberapa ralat dalam rencana Encik Singh.

Pertama, Encik Singh mengatakan bahawa
Biro Narkotik Pusat (CNB) mengeluarkan Sijil Bantuan Substantif (CSA). Ia tidak benar.

Pendakwa Raya (PP) memutuskan pengeluaran CSA, di bawah Seksyen 33B(2)(b) Akta Penyalahgunaan Dadah. Sebab bagi langkah tersebut baru-baru ini disahkan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Nagaenthran a/l K Dharmalingam melalui PP (2019) dan dalam kes Rosman bin Abdullah melalui PP (2017). CNB juga akan memberikan nasihat kepada PP.

Kedua, Encik Singh merujuk kepada kes Farid Batra ("Farid"), di mana beliau mengatakan CNB tidak memberikan CSA sebelum perbicaraannya tetapi memberikan CSA selepas proses kehakiman substantif dijalankan. Ia selepas Mahkamah Rayuan memutuskan Farid adalah seorang pengedar dadah.

Dalam pandangan Encik Singh, kes itu menggambarkan bahawa keputusan untuk tidak memberikan CSA sebelum perbicaraan boleh menjadi "salah" atau "tidak wajar".

Encik Singh sudah salah faham akan proses berkenaan. PP akan memutuskan pemberian CSA berdasarkan sama ada tertuduh membantu CNB secara substantif dalam mematahkan kegiatan pengedaran dadah. Ia bergantung kepada sama ada mahkamah mendapati tertuduh adalah seorang pengedar dadah.

Amalannya adalah CSA akan diberikan pada hujung prosiding mahkamah. Ini bagi membolehkan PP mempertimbangkan semua bukti yang dibentangkan di mahkamah dan menilai sama ada CSA patut diberikan.

Oleh itu, ia bertentangan dengan apa yang dicadangkan oleh Encik Singh, CSA tidak ditahan. Sebaliknya, ia diberikan di hujung perbicaraan.

Ketiga, Encik Singh merujuk kepada kes Abdul Rahim Bin Shapiee ("Rahim"). Beliau mengatakan bahawa mahkamah mendapati Rahim bukan pengedar dadah dan menjatuhkan hukuman mati mandatori walaupun sudah menerima CSA.

Encik Singh juga mengatakan bahawa ia menunjukkan bahawa para hakim menjatuhkan hukuman mati walaupun mereka boleh mengelakkannya. Kenyataan tersebut mungkin memberikan gambaran yang mengelirukan.

Dalam kes-kes yang melibatkan CSA, ada dua syarat yang perlu dipenuhi sebelum hukuman penjara seumur hidup boleh dikenakan sebagai ganti hukuman mati.

Pertama, tertuduh harus seorang penghantar dadah. Kedua, tertuduh harus diberikan CSA oleh PP berdasarkan bantuan substantif yang diberikan.

Kedua-dua syarat mesti dipenuhi, sebelum mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Jika tidak, hukuman mati perlu dijatuhkan.

Dalam kes Rahim, satu daripada dua syarat tidak dipenuhi. Mahkamah tidak berpuas hati berdasarkan fakta bahawa dia hanya seorang penghantar dadah dan dalam keadaan tersebut, hukuman mati perlu dijatuhkan ke atasnya.

Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan