Skip to main content

Singapura

MFA: Tangguhkan lawatan ke Israel atau Iran, terus berwaspada

Anggaran Waktu Membaca:
MFA: Tangguhkan lawatan ke Israel atau Iran, terus berwaspada

Sebuah bangunan yang terkena serangan Israel. (Gambar: ATTA KENARE / AFP)

Diterbitkan : 13 Jun 2025 10:51PM Dikemas Kini : 14 Jun 2025 12:04AM
SINGAPURA: Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura menyatakan, Singapura amat prihatin tentang perkembangan di Timur Tengah.

Setakat ini, tiada rakyat Singapura dilaporkan cedera di Israel atau Iran.

MFA menggesa orang ramai supaya menangguhkan semua perjalanan ke kedua-dua negara itu.

Rakyat Singapura yang berada di Israel dan Iran dinasihatkan supaya jangan keluar rumah.

Mereka juga harus memantau berita tempatan dengan teliti dan kekal berwaspada.

Selain itu, mereka amat digalakkan supaya mendaftar dengan MFA secara online jika belum berbuat demikian.

Rakyat Singapura di Iran yang memerlukan bantuan konsular, boleh menghubungi pejabat bertugas 24 jam MFA.

Mereka yang berada di Israel pula boleh menghubungi Kedutaan Singapura di Tel Aviv.
 
Sumber : CNA/NY/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita