Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MFA: Rakyat S'pura dinasihati tunda perjalanan ke Osaka berikutan Taufan Jebi

Rakyat Singapura dinasihati supaya mengelakkan daripada melakukan perjalanan yang tidak perlu ke Osaka buat masa ini. Nasihat itu dikeluarkan oleh Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Rabu (5 Sep) setelah Jepun dilanda taufan Jebi. 

Anggaran Waktu Membaca:
MFA: Rakyat S'pura dinasihati tunda perjalanan ke Osaka berikutan Taufan Jebi

Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Jepun dilanda banjir akibat Taufan Jebi (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 06 Sep 2018 08:24AM Dikemas Kini : 06 Sep 2018 08:27AM

SINGAPURA: Rakyat Singapura dinasihati supaya mengelakkan daripada melakukan perjalanan yang tidak perlu ke Osaka buat masa ini. Nasihat itu dikeluarkan oleh Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Rabu (5 Sep) setelah Jepun dilanda taufan Jebi.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai di Osaka masih ditutup kerana ia dilanda banjir dan lebih sejuta rumah terputus bekalan elektrik.

Taufan paling ganas yang pernah membadai Jepun dalam masa 25 tahun itu mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang, dan mencederakan beratus-ratus yang lain.

Pemerintah Singapura mengutuskan kawat takziah yang mendalam kepada Jepun dan para keluarga mangsa, menurut MFA.

"Rakyat Singapura yang berada di kawasan-kawasan terjejas dinasihati supaya mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi keselamatan diri, memantau berita tempatan secara teliti dan mengikut arahan pihak berkuasa tempatan," menurut MFA lagi.

Kementerian itu menambah bahawa warga Singapura yang terjejas akibat pembatalan atau penangguhan penerbangan mereka juga harus menghubungi pihak syarikat penerbangan atau ejen pelancongan mereka, bagi mendapatkan jadual penerbangan yang terkini.

Mereka juga boleh pertimbangkan pengangkutan alternatif, termasuk penerbangan dari lapangan terbang lain yang berdekatan seperti Lapangan Terbang Kobe.

Media Jepun melaporkan bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Osaka mungkin akan terus ditutup buat beberapa hari lagi.

Rakyat Singapura yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Singapura di Tokyo menerusi talian +81-90-32084122 atau Pejabat Petugas di MFA di talian +65 6379 8800/8855. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan