MFA pecat diplomat SG; didenda kerana rakam remaja lelaki bogel di tempat mandi awam Tokyo
Pegawai MFA itu disabit bersalah kerana mengambil gambar bogel seorang remaja lelaki di bilik salinan awam di sebuah tempat mandi awam di Tokyo. (Gambar fail: iStock)
Menurut notis yang diterbitkan dalam warta pemerintah pada petang Rabu (2 Apr), Christopher Sim Siong Chye dipecat dari ibu pejabat MFA.
MFA memberitahu Mediacorp pada Jun tahun lalu bahawa ia telah memulakan prosiding displin terhadap Sim, menyusuli sabitannya oleh mahkamah Jepun.
Diplomat berusia 56 tahun itu didenda 300,000 yen (S$2,694) atas perbuatan lucah itu, lapor agensi berita Kyodo pada ketika itu.
Sim, yang didedahkan namanya oleh penyiar Jepun NHK, didakwa atas tuduhan menceroboh dan melanggar Ordinan Antigangguan Kerajaan Metropolitan Tokyo.
Dia merupakan seorang bekas kaunselor di Kedutaan Singapura di Tokyo dan Misi Tetap Singapura di Geneva.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.