Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MFA nasihati rakyat SG tunda perjalanan ke Iran

Anggaran Waktu Membaca:
MFA nasihati rakyat SG tunda perjalanan ke Iran

Gambar: Atta Kenare/AFP

Diterbitkan : 14 Apr 2024 01:53PM Dikemas Kini : 14 Apr 2024 01:54PM
SINGAPURA: Rakyat Singapura dinasihatkan supaya menangguhkan semua perjalanan ke Iran disebabkan oleh situasi keselamatan semasa, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Ahad (14 Apr).

Nasihat perjalanan itu dikeluarkan oleh MFA selepas Iran melancarkan dron dan melepaskan peluru berpandu ke atas Israel pada Sabtu sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas konsulatnya di Damsyik, Syria baru-baru ini yang membunuh tujuh pegawai Pengawal Revolusi Iran termasuk dua komander kanan.

"Rakyat Singapura yang berada di Iran harus terus berwaspada dan memantau perkembangan dengan teliti. Singapura tidak mempunyai misi diplomatik di Iran, yang menghadkan keupayaan kami untuk menghulurkan bantuan konsular dalam kecemasan," menurut MFA.

Bagi warga Singapura yang sudah berada di Iran, MFA menggalakkan mereka supaya mendaftar secara elektronik dengan pihaknya supaya mereka boleh dihubungi jika perlu.

Sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan konsular ketika berada di Iran boleh menghubungi Pejabat Petugas Kementerian Ehwal Luar di talian +65 6379 8800/8855 atau mfa_duty_officer [at] mfa.gov.sg.

Sejauh ini, Israel belum mengesahkan mahupun menafikan bahawa ia bertanggungjawab ke atas serangan yang menyasarkan konsulat Iran pada April.

Perang Gaza tercetus akibat serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Okt lalu, yang mengakibatkan 1,170 orang terbunuh, kebanyakannya orang awam, menurut kiraan AFP berdasarkan perangkaan Israel.

Serangan balas Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 33,686 orang di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan Gaza yang ditadbir oleh Hamas.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan