MFA nasihati rakyat S'pura tangguh perjalanan ke kawasan terjejas oleh tsunami Indonesia
Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) menasihati rakyat Singapura supaya menangguhkan lawatan ke kawasan-kawasan yang terjejas oleh tsunami di Selat Sunda baru-baru ini.
SINGAPURA: Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) menasihati rakyat Singapura supaya menangguhkan lawatan ke kawasan-kawasan yang terjejas oleh tsunami di Selat Sunda baru-baru ini.
Awal hari ini (27 Dis), pihak berkuasa Indonesia menaikkan tahap amaran bagi gunung berapi Anak Krakatau di Lampung, Sumatera, kepada paras kedua tertinggi ekoran letusan-letusan yang berlaku. Mereka juga menguatkuasakan zon larangan lima kilometer di sekeliling kawah gunung berapi Anak Krakatau.
Orang ramai turut digesa supaya berada pada jarak sekurang-kurangnya satu kilometer dari pinggir laut Selat Sunda akibat gunung berapi yang sedang aktif itu.
Rakyat Singapura yang berada di kawasan-kawasan terjejas dinasihati supaya terus mengikuti perkembangan dan berita tempatan, khususnya bagi nasihat dan arahan lanjut dari pihak berkuasa Indonesia.
MFA juga mengingatkan rakyat Singapura supaya mengambil segala langkah-langkah yang perlu bagi keselamatan mereka, termasuk mendapatkan insurans perjalanan dan perubatan yang menyeluruh.
Rakyat Singapura yang belum berdaftar secara online dengan MFA dinasihati supaya berbuat demikian menerusi laman https://eregister.mfa.gov.sg/. Mereka juga dinasihati supaya terus berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan mereka.
Rakyat Singapura yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Singapura di Jakarta, Konsulat-Jeneral Singapura di Medan atau Pejabat Petugas Kementerian Ehwal Luar di:
Kedutaan Singapura di Jakarta
Tel: +62 (21) 2995 0400 / +62 811 863 348 (24 jam)
Emel: singemb_jkt [at] mfa.sg
Konsulat-Jeneral Singapura di Medan
Tel: +62 61 8050 1500 atau +62 811 6170 339 (24 jam)
Emel: SporeConsulateMedan [at] mfa.sg
Pejabat Petugas Kementerian Ehwal Luar (24 jam)
Tel: +65 6379 8800/ 6379 8855
Emel: mfa_duty_officer [at] mfa.gov.sg Â
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.