Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MFA nasihat rakyat S'pura tangguh perjalanan tidak penting ke Sri Lanka

Anggaran Waktu Membaca:
MFA nasihat rakyat S'pura tangguh perjalanan tidak penting ke Sri Lanka

(Gambar: Ishara S Kodikara/AFP)

SINGAPURA: Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) pada Khamis (12 Mei) menasihatkan rakyat Singapura supaya menangguhkan semua perjalanan tidak penting ke Sri Lanka setelah pertempuran tercetus di negara tersebut.

"Rakyat Singapura yang berada di Sri Lanka digesa agar berwaspada dan mengambil semua langkah berjaga-jaga demi keselamatan mereka," tegas MFA dalam satu nasihat perjalanan.

Krisis ekonomi di Sri Lanka mengakibatkan bantahan selama lebih sebulan, kebanyakannya diadakan secara damai, namun kemarahan orang awam bertukar ganas minggu ini.

Ia mencetuskan pertempuran di merata Sri Lanka, dengan sekurang-kurangnya sembilan orang terkorban termasuk dua pegawai polis. Lebih 200 yang lain tercedera dan 136 rumah musnah.

MFA menyatakan rakyat Singapura di Sri Lanka dinasihatkan supaya mengelakkan tempat-tempat awam di mana berlakunya tunjuk perasaan dan perhimpunan besar-besaran.

Mereka juga harus memantau rapi berita semasa dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

"Rakyat Singapura yang akan membuat perjalanan ke Sri Lanka atau kini berada di Sri Lanka juga sangat-sangat dinasihatkan supaya membeli insurans perjalanan yang komprehensif dan memahami terma-terma serta syarat-syarat perlindungannya," tambah MFA.

Rakyat Singapura di Sri Lanka juga digalakkan untuk mendaftar secara online dengan MFA sekiranya masih belum berbuat sedemikian.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Kehormat Singapura di Colombo di talian +94-11-5577300, +94-11-2304444, +94-11-5577111 atau mengirimkan emel kepada nawaloka [at] slt.lk.

Mereka juga boleh menghubungi Pejabat Petugas MFA, yang beroperasi 24 jam, di talian +65 6379 8800/8855.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan