Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MFA nasihat rakyat S'pura supaya tangguh perjalanan ke Lombok

Kementerian tersebut menarik perhatian bahawa gempa itu yang diturunkan dari magnitud 7.0 kepada 6.9 oleh Jabatan Geologi Amerika Syarikat menyusuli gempa 6.4 pada skala Richter 29 Julai lalu yang turut menyebabkan korban nyawa.

Anggaran Waktu Membaca:
MFA nasihat rakyat S'pura supaya tangguh perjalanan ke Lombok

(Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 06 Aug 2018 12:24PM Dikemas Kini : 06 Aug 2018 12:37PM

SINGAPURA: Rakyat Singapura dinasihati elak daripada melakukan lawatan ke Lombok ekoran gempa bumi di kawasan tersebut baru-baru ini. Nasihat perjalanan itu dikeluarkan oleh Kementerian Ehwal Luar (MFA) hari ini (6 Ogos).

"Rakyat Singapura patut menangguhkan perjalanan mereka ke Lombok dalam tempoh ini," menurut MFA. "Mereka yang kini berada di Lombok dinasihati membuat persiapan yang perlu untuk meninggalkan kawasan itu melalui penerbangan komersil yang masih beroperasi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok.

"Rakyat Singapura juga dinasihati supaya mengambil semua langkah berjaga-jaga yang perlu demi keselamatan mereka, memantau berita tempatan dengan teliti dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan," tambah MFA.

Kementerian tersebut menarik perhatian bahawa gempa itu yang diturunkan dari magnitud 7.0 kepada 6.9 oleh Jabatan Geologi Amerika Syarikat menyusuli gempa 6.4 pada skala Richter 29 Julai lalu yang turut menyebabkan korban nyawa.

Gempa bumi pada Ahad (5 Ogos) meragut sekurang-kurangnya 82 nyawa dan mengakibatkan ratusan lagi cedera, manakala ribuan bangunan musnah.

Delegasi Singapura - yang menghadiri satu persidangan keselamatan di Lombok dan diketuai oleh Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam turut terkandas akibat gempa itu dan sedang menunggu penerbangan keluar dari pulau tersebut.

Menurut MFA, rakyat Singapura yang akan melancong ke Indonesia digalakkan untuk mendaftar dengan Kementerian Ehwal Luar (MFA) di https://eregister.mfa.gov.sg.

MFA juga menasihati rakyat Singapura untuk terus berhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Singapura di Jakarta atau Pejabat Petugas Kementerian Ehwal Luar (MFA) di:

Kedutaan Republik Singapura - Indonesia
Blok X / 4, KAV No 2, Jln H R Rasuna Said, Kuningan
Jakarta Selatan 12950
Tel: + 62- (21) 2995-0400, 520-1489 / + 62 811 863 348 (24 jam)

Pejabat Petugas Kementerian Ehwal Luar (24 jam)
Tanglin, Singapura 248163
Tel: 6379 8800, 6379 8855
E-mel: mfa_duty_officer [at] mfa.gov.sg

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan