MFA gesa warga SG tangguh semua perjalanan ke Timur Tengah
Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Ahad (1 Mac) menasihatkan rakyat Singapura supaya menangguhkan semua perjalanan ke Timur Tengah, sambil nasihat perjalanan ke 15 destinasi di sana, di tengah-tengah serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran dan serangan balas oleh Iran.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Ahad (1 Mac) menasihatkan rakyat Singapura supaya menangguhkan semua perjalanan ke Timur Tengah, sambil nasihat perjalanan ke 15 destinasi di sana, di tengah-tengah serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran dan serangan balas oleh Iran.
Negara dengan nasihat perjalanan yang dikemas kini:
MFA juga merujuk rakyat Singapura kepada komen jurucakapnya yang diterbitkan pada 28 Februari.
MFA sebelum ini menyatakan kedutaan Singapura di Timur Tengah menasihatkan rakyat Singapura di sana supaya kekal berada di dalam rumah dan elakkan perjalanan tidak perlu sehingga diberitahu kelak.
"Disebabkan situasi keselamatan yang tidak menentu dan gangguan terhadap penerbangan di rantau itu, rakyat Singapura dinasihatkan supaya menangguhkan semua perjalanan ke Israel, Iran dan daerah Timur Tengah."
MFA juga menasihatkan rakyat Singapura yang kini menetap atau melakukan persinggahan di rantau itu supaya mengambil semua langkah berjaga-jaga demi keselamatan peribadi.
Ini termasuk tidak keluar rumah, pergi ke tempat perlindungan keselamatan apabila dimaklumkan, mengikuti perkembangan berita tempatan dengan teliti dan mematuhi nasihat pemerintah tempatan.
Dalam nasihat perjalanan pada Ahad bagi rantau itu, MFA menggalakkan rakyat Singapura yang sedang berada di Timur Tengah supaya membuat pendaftaran online dengan pihak kementerian supaya mereka boleh dihubungi jika ada keperluan.
Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh hubungi Pejabat Petugas Kementerian Ehwal Luar (24 jam) di:
Pejabat Petugas Kementerian Ehwal Luar (24 jam)
Alamat: Tanglin, Singapura 248163
Nombor Tel: +65 6379 8800/8855
Fax: +65 6476 7302
Alamat emel: mfa_duty_officer [at] mfa.gov.sg
Pergolakan di rantau itu berlaku menyusuli perang udara selama 12 hari antara Israel dengan Iran pada tahun lalu, dan amaran berulang kali dari Amerika Syarikat dan Israel bahawa ia akan melancarkan serangan sekali lagi jika Iran meneruskan dengan program nuklear dan peluru berpandu balistik.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Ahad bahawa perang Iran itu mungkin berlarutan selama sebulan.
Â

- Iran
- Israel
- Mesir
- Iraq
- Arab Saudi
- Wilayah Palestin
- Syria
- Yaman
- Lubnan
- Jordan
- Amiriah Arab Bersatu (UAE)
- Bahrain
- Oman
- Kuwait
- Qatar

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.