Skip to main content

Singapura

MFA beri peringatan kepada kedutaan AS 'jangan masuk campur' urusan dalam negeri susuli webinar LGBT

Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Rabu (18 Mei) memberi peringatan kepada kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Singapura bahawa misi-misi asing di sini "tidak boleh mencampuri urusan sosial dan politik dalam negeri kami".

Anggaran Waktu Membaca:
MFA beri peringatan kepada kedutaan AS 'jangan masuk campur' urusan dalam negeri susuli webinar LGBT

Sebuah bendera pelangi dikibarkan bersama bendera Amerika Syarikat di luar Kedutaan AS di Singapura untuk menandakan Hari Antarabangsa Menentang Homofobia, Transfobia dan Bifobia pada 17 Mei 2021. (Petikan gambar: Kedutaan AS Singapura/Facebook)

Diterbitkan : 19 May 2021 08:07PM Dikemas Kini : 19 May 2021 08:10PM

SINGAPURA: Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Rabu (18 Mei) memberi peringatan kepada kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Singapura bahawa misi-misi asing di sini "tidak boleh mencampuri urusan sosial dan politik dalam negeri kami".

Ini termasuk isu-isu seperti "bagaimana kecenderungan seksual patut ditangani dalam dasar awam", tambahnya.

MFA mengeluarkan kenyataan itu sebagai tindak balas kepada satu webinar yang dihoskan bersama oleh kedutaan AS dengan Oogachaga, sebuah pertubuhan bukan meraih keuntungan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tempatan, pada Isnin.

“MFA sudah mengingatkan Kedutaan AS bahawa misi-misi asing di sini tidak boleh mencampuri ehwal sosial dan politik dalam negeri kami termasuk isu-isu seperti bagaimana kecenderungan seksual seharusnya ditangani dalam dasar awam," menurut kementerian itu.

“Pilihan-pilihan ini hanyalah bagi warga Singapura untuk membahaskan dan membuat keputusan."

Diasaskan pada 1999, Oogachaga menurut penerangan di laman webnya adalah "sebuah pertubuhan profesional berasaskan masyarakat yang tidak meraih keuntungan yang bekerjasama dengan individu, pasangan serta keluarga LGBTQ+".

Menurut laman web May17.org, webinar bertajuk 'Kes Ekonomi bagi Kesetaraan LGBT: Meneroka Trend-Trend Global' bersama Profesor Lee Badgett dianjurkan bersama oleh Oogachaga dengan kedutaan AS di Singapura pada malam Isnin dan ia dibuka hanya atas dasar undangan.

“Professor Lee Badgett mengajar Ekonomi di Universiti Massachusetts Amherst dan beliau ialah seorang penulis dan penceramah terkenal mengenai kesan ekonomi daripada kesetaraan LGBTQ+," menurut laman web itu.

Tanggal 17 Mei diperingati sebagai Hari Antarabangsa Menentang Homofobia, Transfobia dan Bifobia.

Mediacorp sudahpun menghubungi Kedutaan AS dan Oogachaga. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita