mewatch Mediacorp kini tawar pelan kandungan Starhub dengan liputan EPL
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Penonton kini boleh mengakses pelan kandungan StarHub secara langsung melalui mewatch, iaitu platform penstriman digital Mediacorp.
Ini termasuk Liga Perdana England (EPL) serta saluran antarabangsa popular seperti TVBS Taiwan, KBS World Korea Selatan, Cartoon Network, Astro Malaysia, Zee TV India dan banyak lagi.
Ciri baharu itu diumumkan beberapa minggu selepas Mediacorp dan StarHub mengumumkan sudah memeterai perjanjian perkongsian strategik.
Harga untuk pelan langganan kandungan Starhub bermula pada S$9.98 sebulan. Ini termasuk pelan Family+ Lite, yang mempunyai enam saluran: BBC Earth, CBeebies, Dreamworks, Nick Jr, Nickelodeon dan History.
Harganya berbeza mengikut pelan hiburan yang dipilih. Contohnya, pakej Asian+ – yang terdiri daripada KBS World, Dragon TV dan TVBS Asia – berharga S$30.56 sebulan.
Pakej 'bundle' juga disediakan, membolehkan penonton menonton kedua-dua kandungan EPL dengan pelan hiburan lain.
Senarai penuh pelan boleh didapati di laman web rasmi mewatch.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.