Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Meta 'terkejut' dengan kritikan SG berkait kes penipuan Facebook

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penipuan merupakan ancaman "kompleks, dan berlaku dalam pelbagai industri" yang tidak boleh ditangani oleh satu huraian atau syarikat.

Demikian menurut Meta pada Jumaat (1 Mac) selepas syarikat tersebut dikritik Singapura di parlimen kerana tidak bertindak secukupnya untuk membanteras isu tersebut.
Jurucakap Meta berkata syarikat itu "terkejut" dengan kenyataan yang dibuat di parlimen.

Seorang jurucakap Meta berkata gergasi teknologi tersebut "sudah berunding" dengan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), dan sedang "menyemak cadangannya dengan serius".

"Kami komited untuk terus bekerjasama dengan rakan pemerintah dalam kempen pendidikan pengguna dan akan terus mengubah produk dan alat kami untuk membantu orang ramai melindungi diri mereka daripada penipuan dengan lebih baik."

Sebanyak 9,783 penipuan e-dagang dilaporkan di Singapura tahun lalu, iaitu dua kali ganda 4,762 kes dilaporkan pada 2022, dengan mangsa kehilangan S$13.9 juta. Hampir separuh daripada kes penipuan tersebut berlaku di Facebook, kata Menteri Negara Sun Xueling.

Meta menyatakan bahawa syarikat itu mempunyai "dasar ketat" yang melarang aktiviti mencurigakan. Syarikat itu juga melaksanakan dasar tersebut dalam "sistem penilaian proaktifnya".

Menurut syarat dan dasar yang dipaparkan di lamannya, senarai penjualan tidak dibenarkan melanggar garis panduan masyarakat, yang termasuk memastikan kesahihan kandungan dan melindungi privasi peribadi.

Meta menyatakan di lamannya bahawa mereka yang gagal mematuhi dasarnya akan berdepan tindakan seperti pembatalan senarai penjualan, kandungan atau disekat akses kepada ciri-ciri penjualan di platform media sosialnya.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan