Meta diarah sekat akses catatan video lelaki pijak al-Quran: MHA
Singapura mengarahkan Meta untuk menyekat akses kepada catatan media sosial yang memaparkan video seorang lelaki memijak al-Quran, yang dipercayai berlaku di dalam sebuah bas awam di negara ini.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura mengarahkan Meta untuk menyekat akses kepada catatan media sosial yang memaparkan video seorang lelaki memijak al-Quran, yang dipercayai berlaku di dalam sebuah bas awam di negara ini.
Walaupun video asal tidak lagi tersedia, ia dimuat naik semula dan dikongsi di platform-platform media sosial lain, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam satu kenyataan media pada Ahad (8 Mac).
Meta Platforms memiliki Facebook dan Instagram.
MHA dan Pasukan Polis Singapura menilai bahawa kandungan video tersebut merupakan kesalahan menghina agama orang lain di Singapura di bawah Seksyen 17F(4) Akta Mengekalkan Keharmonian Agama 1990.
Menyusuli catatan media sosial yang menyinggung agama tersebut, polis mengeluarkan Arahan Sekatan di bawah Akta Bahaya Jenayah Online (OCHA) kepada Meta bagi menangani kandungan tersebut.
“Kami telah mengeluarkan lima Arahan Sekatan kepada Meta untuk menyekat akses kepada kandungan tersebut, dan catatan yang memaparkan video itu tidak lagi boleh diakses oleh pengguna di Singapura,” menurut MHA.
“Walaupun sesetengah individu mungkin memuat naik semula video itu untuk mengecam tindakan pemuat naik asal, perbuatan sedemikian akan terus menyebarkan kandungan yang menyinggung itu secara online. Orang ramai yang menemui kandungan sedemikian sebaliknya dinasihatkan supaya memaklumkannya kepada pihak berkuasa.”
Siasatan polis masih dijalankan.
MHA menyatakan pihaknya mengambil pendirian tegas ke atas ancaman terhadap keharmonian kaum dan agama di Singapura.
“Kami tidak akan bertolak ansur dengan tingkah laku sedemikian, dan pesalah akan ditangani dengan segera dan tegas,” tambahnya.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.