Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mesyuarat Pertubuhan Komanwel dilancarkan, bincang isu kepentingan bersama

Inilah kali pertama dalam masa dua dekad mesyuarat Pertubuhan Komanwel (CHOGM) diadakan di London.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Apr 2018 07:41PM Dikemas Kini : 19 Apr 2018 09:08PM

LONDON: Inilah kali pertama dalam masa dua dekad mesyuarat Pertubuhan Komanwel (CHOGM) diadakan di London.

Ratu Elizabeth II yang disertai Putera Charles mengalu-alukan kehadiran para pemimpin pemerintah negara-negara Komanwel di Istana Buckingham siang tadi (19 Apr).

Komanwel merupakan sebuah pertubuhan 53 negara, melibatkan United Kingdom dengan bekas negara-negara jajahannya.

Sebagai sebuah pertubuhan sukarela, Komanwel tidak mempunyai perlembagaan atau piagam.

Namun, ia memperjuangkan nilai-nilai seperti demokrasi, tadbir urus yang baik serta pembangunan ekonomi.

Diadakan setiap dua tahun, mesyuarat CHOGM membincangkan isu-isu kepentingan bersama.

Tahun ini, agenda mesyuarat dua harinya termasuk mengenai perubahan iklim dan keselamatan siber. 

Sumber : CNA/MU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan