Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Meski terikat dengan Lion City Rental, pemandu boleh ambil tempahan Grab

Para pemandu yang menandatangani kontrak sewa dengan rakan kongsi syarikat kereta sewa Uber, Lion City Rental (LCR), boleh menerima tempahan Grab bermula hari ini (27 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Mar 2018 05:58PM Dikemas Kini : 27 Mar 2018 09:30PM

SINGAPURA: Para pemandu yang menandatangani kontrak sewa dengan rakan kongsi syarikat kereta sewa Uber, Lion City Rental (LCR), boleh menerima tempahan Grab bermula hari ini (27 Mac).

Ini didedahkan syarikat Grab sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp.

Seorang jurucakap Grab berkata syarikat itu "komited dalam khidmatnya kepada para pelanggan dan pemandu, dan ini bermakna melindungi mata pencarian pemandu kami sambil menjaga keselamatan para penumpang kami".

Penjelasan ini dikeluarkan menyusuli pengumuman mengenai penggabungan Grab dan Uber di Asia Tenggara semalam (26 Mac).

Ramai pemandu yang terjejas dengan penggabungan tersebut menyuarakan keprihatinan mengenai kontrak sewa mereka dengan LCR yang menyatakan bahawa para pemandu tidak boleh menggunakan kereta untuk khidmat kereta sewa melalui platform-platform lain selain Uber yang tidak lagi akan menawarkan khidmat tersebut melalui aplikasinya bermula 8 April.

Lion City Rental dalam catatan Facebooknya semalam menyatakan ia "ditutup sehingga notis selanjutnya".

Selepas kontrak dengan LCR luput, para pemandu boleh memilih untuk menyewa kereta daripada salah satu rakan kongsi Grab.

Sesetengah pemandu Uber juga bimbang sekiranya mereka dilarang menggunakan platform Grab atas kesalahan-kesalahan mereka sebelumnya seperti menggunakan kereta sewa rakan kongsi Uber untuk mengambil tempahan Grab.

Grab menjelaskan bahawa para pemandu yang dilarang menggunakan platform Grab boleh membuat permohonan berhubung isu ini. Ia turut menyatakan bahawa ia akan menyemak semula penggantungan sedemikian berdasarkan dari kes ke kes. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan